Moderna Bakal Menubuhkan Anak Syarikat Baharu Di Malaysia

Syarikat bioteknologi yang merintis terapeutik dan vaksin messenger RNA (mRNA), Moderna, Inc hari ini mengumumkan rancangan untuk menubuhkan anak syarikat baharu di Malaysia, disertai tiga anak syarikat lain di Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

Hal ini bakal mengukuhkan kehadiran sedia ada syarikat bioteknologi perintis terapeutik dan vaksin messenger RNA (mRNA) yang disenaraikan di Nasdaq itu di rantau ini, termasuk operasi di Jepun, Korea Selatan dan Australia.

Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, berkata penubuhan anak syarikat baharu itu mencerminkan komitmen berterusan firma berkenaan terhadap rantau Asia Pasifik sebagai unsur penting dalam strategi jangka panjang dan wawasan komersialnya.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan kedatangan anak syarikat yang bakal membantu menyampaikan penyelesaian mRNA kepada rakyat Malaysia.”

“Malaysia adalah peserta yang semakin berkembang dalam industri farmaseutikal dan bioteknologi, justeru kami berharap dapat meninjau peluang kerjasama tempatan ketika Moderna meluaskan jejaknya di rantau Asia Pasifik.”

“Saya teruja untuk membina pasukan mantap yang dapat memenuhi potensi serantau dan platform mRNA yang kami tawarkan,” katanya menerusi satu kenyataan.”

Rancangan Moderna untuk menubuhkan anak syarikat tempatan mencerminkan keyakinan syarikat itu terhadap trajektori pertumbuhan semasa industri farmaseutikal dan kesihatan di Malaysia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca