Model Tahan Perit Kaki Kejang Ketika Tergantung, Juri Marah Gambar ‘Jelek’

Model Tahan Perit Kaki Kejang Ketika Tergantung, Juri Marah Gambar 'Jelek'

Tidak cukup cabaran penuh berisiko bergambar dengan ribuan lebah pada episod lalu, peserta ‘Indonesia Next Top Model: Cycle 2’ telah diberikan tugas untuk lagak gaya dalam tema Industrial baru-baru ini.

Mereka dibawa ke sebuah gudang besar yang berkonsepkan kawasan pembinaan dan perlu menaiki perancah berketinggian 5 meter serta bergantung pada tali keselamatan sambil melakukan 1001 macam gaya menarik.

Kebiasaannya, pengacara dan juri akan terus memberikan bimbingan tegas dari arah bawah. Perkara ini termasuklah liuk lentuk tubuh badan serta ekspresi wajah setiap peserta yang seharusnya tampak lebih profesional.

Sumber: TikTok (@intmcycle2)

Bagaimanapun, ketika berada di udara dan pergerakan tidak statik, model bernama Sitta ini mengalami kesukaran dalam menjayakan misi tersebut. Dia terpaksa berpura-pura dalam keadaan stabil sehingga habis walaupun kakinya sudah kejang.

Namun nasib tidak menyebelahi usaha wanita berusia 27 tahun ini, apabila postur badannya dikritik tidak menarik.

Sumber: TikTok (@intmcycle2)

Namun siapa sangka, kisah di sebalik perjalanan hidup Sitta amat menyentuh hati yang menjadi kunci utama untuk dia menyertai pertandingan menjadi seorang model.

Tekadnya yang bulat demi mengubah jalan hidup kepada yang lebih baik merupakan salah satu sebab Sitta menyertai dunia modelling.

Menerusi video yang dimuat naik, Sitta difahamkan terpaksa berpisah sementara waktu dengan anaknya yang masih kecil dan menyusu badan.

Sumber: TikTok (@intmcycle2)

Beralih kepada peserta lain pula, mereka berjaya melawan rasa takut sehingga juri berpuas hati dengan hasil akhir gambar. Menurut peserta lain, cabaran terbesar bagi menyelesaikan misi apabila mereka merasai tekanan pada bahagian otot pinggang.

Kemenangan akhirnya berpihak kepada Peace apabila dia dipilih sebagai Model Of The Week meskipun tidak berjaya meraih gelaran tersebut pada minggu lalu.

Sumber: Instgram (@intm_nettv)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca