Siapa sangka seorang jejaka Melayu anak kelahiran Malaysia melakukan peragaan di Minggu Fesyen Paris 2022 di Paris, Perancis.
Minggu fesyen paling berprestij di dunia ini sering mendapat perhatian dari pelusuk dunia.
Lebih membanggakan apabila salah seorang daripada model Malaysia menjadi sebahagian daripadanya.
Ridzman Zidaine berusia 22 tahun menjadi tular apabila dikatakan sebagai model Melayu pertama yang memperagakan di Minggu Fesyen Paris.
Antara koleksi yang diperagakannya di atas pentas adalah seperti Louis Vuitton, Hermes, Casblanca dan Zegna (Ermenegildo Zegna).
Kebanyakannya merupakan jenama-jenama mewah yang terkenal.
Tambahan pula, Ridzman juga menjadi model lelaki Malaysia pertama yang membuat kemunculan untuk Louis Vuitton di sana sempena koleksi Musim Panas/Luruh 2023.
Penglibatannya dalam majlis itu ternyata membuatkan anak muda berketinggian 188 sentimeter bebesar hati serta amat teruja untuk berkolaborasi.
Kerjaya Ridzman atau lebih mesra disapa Ritz bermula pada tahun 2019 ketika umurnya 19 tahun.
Potensi Ritz dilihat oleh Topboi Citizen iaitu sebuah agensi model yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Pada ketika itu juga, dia berjaya membuat penampilan sulung di pentas peragaan, Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2019 (KLFW 2019).
Difahamkan, Ritz turut bekerjasama dengan agensi model di Eropah iaitu Next Models di bawah Next Model Management, salah satu agensi model terbesar dan terulung di dunia.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: