Model Albino, 3 Individu Ini Menjadi Perhatian Dunia Kerana Memiliki Warna Kulit Yang Unik

Albino merupakan kelainan genetik yang dialami oleh seseorang sejak lahir. Penghidap Albino akan mengalami kehilangan melanin daripada kulit, rambut dan mata sehingga diri mereka akan berkulit lebih putih dan pucat. Namun, di Asia, kaum Albino berjumlah sedikit sehingga mereka menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai.

Tetapi, keunikan tersebut menjadi kelebihan kepada 3 model Albino yang sedang menjadi perhatian ramai pada masa kini. Jom kita kenal 3 model Albino tersebut:

1. Connie Chiu

Memulakan karier beliau sebagai model pada usia 24 tahun, Connie Chiu merupakan model wanita Albino yang pertama. Wanita kelahiran tahun 1969 ini berasal dari Hong Kong dan beliau adalah satu-satunya dalam keluarganya yang menderita Albino. Penglibatan Connie dalam dunia permodelan menarik perhatian ramai kerana keunikan dan kecantikan yang beliau miliki di sebalik penyakit Albino beliau.

2. Shaun Ross

Shaun Ross adalah seorang supermodel, pelakon dan penari Amerika yang paling terkenal sebagai model lelaki Afrika-Amerika pertama yang menghidap penyakit Albino. Kerjaya model Shaun cukup popular dan banyak hasil permodelan beliau dipaparkan dalam kempen editorial foto dalam penerbitan fesyen termasuklah British GQ, Vogue Itali dan i-D Magazine.

3. Nastya Zhidkova

Merupakan gadis Albino tercantik yang berasal dari Rusia. Model muda berusia 20 tahun ini sangat terkenal dalam kalangan anak muda kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman sosial Instagramnya. Kecantikan paras rupa yang dimiliki Nastya menjadi tarikan utama untuk setiap gambar yang dikongsinya di laman sosial tersebut. Dengan kecantikannya, Nastya sering kali ditemu bual oleh pihak media.

Penulis

  • Nur Aisyah Safiah Idris adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca