Modal Kecil Tapi Mahu Berniaga? Ini 3 Tips Untuk Iklankan Produk Anda Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Perniagaan secara dalam talian (online) kini semakin bertapak di media sosial. Kita dapat melihat terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian, alat tulis dan sebagainya. Tapi bagaimana hendak mula berniaga jika modal sedikit? Jangan risau. Ini tiga tips untuk iklankan produk anda tanpa perlu berbelanja besar.

1. Kenal pasti produk anda

Sumber: Daily notes of a product builder

Peniaga haruslah mengenali produk jualan mereka. Mengenali produk bukan hanya bermaksud mengetahui secara umum perihal produk tetapi ciri-ciri lain seperti keistimewaan produk perlu diambil kira.

Contohnya, kekuatan pakaian yang dijual oleh mereka adalah kualiti kainnya yang sama seperti kualiti kain pakaian berjenama tetapi harganya jauh lebih murah. Jadi, buat pelanggan yang mempunyai kekangan kewangan, pilihan ini adalah terbaik buat mereka. Selain dapat menjadi daya tarikan produk, hal ini juga secara tidak langsung dapat membantu peniaga menetapkan sasaran pelanggan.

2. Ketahui sasaran pelanggan

Sumber: Drinkpeneur

Ia adalah amat penting bagi seseorang peniaga itu untuk mengetahui siapakah sasaran pelanggan mereka. Hal ini adalah untuk memastikan peniaga tidak tersasar daripada melaburkan wang mereka bagi tujuan menarik pembeli yang salah.

Sebagai contoh, jika peniaga hendak menjual tudung berjenama dUCk, sudah tentunya sasaran pelanggan mereka adalah wanita berhijab yang berpendapatan tinggi. Jadi, peniaga bolehlah memilih platform yang sering dikunjungi wanita untuk memaparkan produk mereka.

3. Tetapkan cara pengiklanan produk

Terdapat banyak medium pengiklanan untuk anda kembangkan perniagaan tetapi yang paling mendapat sambutan pada hari ini ialah dengan menggunakan media sosial.

Media sosial merupakan medium yang mampu memberikan keuntungan besar buat pemilik perniagaan kerana ia merupakan cara mudah buat pengguna berkomunikasi dengan produk dan jenama bisnes selain mewujudkan keyakinan daripada pelanggan.

Sekiranya anda mahu fokus membina perniagaan tetapi menghadapi masalah pengurusan yang baik bagi akaun media sosial bisnes sendiri seperti tiada kemahiran IT, isi kandungan tidak menarik perhatian pelanggan, kekangan masa, tiada tenaga kepakaran dalam grafik atau seni copywriting yang lemah, Lejen Digital tawarkan solusi win-win untuk kedua-dua pihak.

Lejen Digital merupakan pakar dalam bidang pengurusan media sosial dengan pengalaman luas melebihi 10 tahun menguruskan akaun media sosial syarikat-syarikat ternama di Malaysia.

Selain daripada pengurusan media sosial yang kemas teratur dan nampak lebih berprestij, akaun anda pasti akan lebih up to date dan diselaraskan dengan trend terkini.

Untuk membantu anda fokus sepenuhnya dalam membangunkan dan membina perniagaan, Lejen Digital akan menguruskan akaun media sosial anda sepenuhnya seperti kemas kini tanpa gagal dan lebih interaktif mengikut keperluan algoritma terbaharu Instagram, Facebook dan Twitter, balas komen dan direct message (DM) daripada pelanggan, poster, kapsyen dengan update story.

Selain pengurusan media sosial, Lejen Digital menawarkan kempen pemasaran bersepadu (integrated marketing) di mana kami akan menyediakan artikel tentang perniagaan anda di portal yang mempunyai lebih empat juta pembaca.

Artikel yang kami sediakan itu juga akan menepati search engine optimization (SEO) dan kekal selama-lamanya supaya perniagaan anda akan sentiasa berada di halaman pertama carian Google.

Carian Google untuk salah satu klien Lejen Digital

Untuk pengetahuan anda, artikel yang menepati SEO ini sangat penting kerana ramai orang lebih cenderung untuk berada di halaman pertama sekiranya mencari sesuatu di Google.

Audiens ataupun bakal pelanggan juga akan lebih percaya dengan bisnes ataupun perkhidmatan yang ditawarkan apabila mereka dapat mencari atau memperoleh maklumat lanjut tentang jenama produk atau nama perniagaan di internet.

Sebarang pertanyaan berkenaan pakej-pakej di atas boleh dibuat dengan klik pada pautan ini atau anda boleh terus WhatsApp 018-261 9410 (Suhaira).

Semoga tips ini dapat memberi manfaat buat peniaga-peniaga yang baru hendak berkecimpung dalam bidang ini. Selamat maju jaya!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca