Mobile Legends: Bang Bang Disaman, Riot Games Tuduh Meniru League of Legend

Buat kali kedua, Riot Games, pembuat League of Legends, menyaman pembangun permainan yang berpangkalan di Shanghai. Syarikat tersebut mendakwa Moonton telah meniru permainan MOBA Riot yang diadaptasi kedua-dua iOS dan Android (dilancarkan sewaktu masih dalam status beta pada Mac 2021)– League of Legends: Wild Rift

Aduan itu difailkan pada hari Isnin di Mahkamah Daerah Tengah California A.S. Tempat sama di mana Riot menyaman Shanghai Moonton Technology Co. pada 2018. Sewaktu kes saman pertama, Riot menyaman Moonton berhubung permainan Mobile Legends: 5v5 MOBA. Mengikut Riot, permainan tersebut sebijik seperti diambil terus dari League of Legends.

Sumber: Playstore

Mengikut artikel Polygon, pada awalnya menghadap hakim persekutuand di A.S., namun hakim tersebut enggan mendengar kes tersebut dan mencadangkan syarikat itu terus membawa kes tersebut ke China kerana bidang kuasa mereka lebih baik dan sesuai untuk mengambil tuntutan itu.

Tencent Holdings, syarikat induk Riot Games yang berpangkalan di China kemudian mewakilkan Riot Games dan memenangi pertimbangan terhadap Moonton dan ketua eksekutifnya, dan menerima $2.9 juta.

Aduan terbaharu yang dihadapkan ke mahkamah melibatkan permainan Moonton bernama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang baru-baru ini permainan tersebut telah memasuki pasaran atas talian di Amerika Syarikat.MLBB boleh dimuat turun melalui kedua-dua Google Play dan Apple App Store dan kini berada di kedudukan ke-67 aplikasi paling dimuat turun dari kategori permainan strategi.

Sumber: One Esports

Mengikut Riot, syarikat tersebut “Berusaha untuk menghalang Moonton daripada menuai hasil Riot dengan sewenangnya kerana hak ciptaan daripada League of Legends: Wildrift dan apa-apa yang berkaitan dengannya sangat berharga.”

Tuntutan Riot menyatakan bahawa Moonton melancarkan terbitan Mobile Legends: Bang Bang secara diam-diam selepas Mobile Legends dipadamkan daripada Google Play Store. Aduan Riot adalah versi baharu permainan tersebut mempunyai pengubah suaian yang sangat kecil.

Perbezaan Rupa Susun Atur League of Legend: Wildrift antara Mobile Legends: Bang Bang

“Moonton masih menambah fitur dan mengemas kini MLBB dengan elemen-elemen yang nampak seperti salinan serupa daripada League of Legends: Wild Rift, dan meneruskan proses kitaran penyalah guna agihan harta intelek Riot.”

Aduan Riot didokumenkan secara meluas dan teliti; lengkap dengan perbandingan bahan pemasaran, reka bentuk watak, dan juga reaksi komuniti yang mendakwa Moonton menyalin karya Riot. Riot Games sedang mencari perbicaraan juri serta injunksi menghalang Moonton daripada mengedar Mobile Legends: Bang Bang di Amerika Syarikat.

Di bawah adalah tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Riot Games terhadap pembina-pembina Mobile Legends: Bang Bang dari Moonton:

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca