Meskipun Penonton Tunjuk ‘Jari Tengah’, MK K-Clique Tetap Tenang Dan Selamba

Tindakan seorang penonton yang telah membuat provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK semasa persembahan di Sandakan, Sabah baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi warganet di laman sosial.

MK bagaimanapun berkata, tindakan luar kawalan dan provokasi yang dilakukan oleh beberapa individu merupakan perkara biasa juga beranggapan ia masih lagi dalam keadaan yang terkawal.

“Insiden yang berlaku pada Sabtu lalu hanyalah salah faham dan mungkin lelaki itu rasa kurang senang dengan kami. Semasa saya sedang membuat persembahan lagi dia dah mula provoke dengan menunjuk jari tengah tetapi saya tidak layan”.

“Selepas persembahan, ada sesi meet and greet bersama peminat dan lelaki itu masih membuat provokasi berterusan sehingga terpaksa melibatkan campur tangan pihak penganjur.

MK berkata, dia bersyukur kerana semuanya dalam terkawal dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku dan pihak penganjur juga telah menjalankan tugas dengan baik untuk meredakan keadaan.

Menerusi laman Facebook Hussin VB, posting rakaman video seorang lelaki melakukan provokasi dengan menunjukkan isyarat lucah kepada MK semasa membuat persembahan di pentas.

Sejurus berakhirnya persembahan, individu tersebut terus mengeluarkan kata-kata kesat sehingga situasi tegang dan memerlukan campur tangan dari pihak penganjur.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca