Misteri ‘Sleeping Beauty’, Mumia Kanak-Kanak Yang Tidak Pernah Membusuk Dan Mereput

Kisah ini terjadi di Itali di mana seorang kanak-kanak bernama Rosalia Lombardo telah meninggal dunia ketika berusia dua tahun akibat radang paru-paru pada tahun 1920.

Selain itu, Rosalia turut digelar sebagai ‘Sleeping Beauty’ kerana mayatnya yang tidak pernah membusuk dan mereput.

Bapanya mengatakan bahawa kematian anak perempuannya itu masih terlalu awal. Oleh sebab terlalu sayangkan anak, dia telah mengupah seorang pakar yang dikenali sebagai Alfredo Salafia untuk mengawet mayat anaknya itu menjadi mumia.

Dengan kepakaran Alfredo, tubuh Rosalia masih lagi kelihatan sempurna sehingga kini meskipun dia telah meninggal dunia lebih dari seratus tahun. Mumianya telah disimpan di dalam keranda kaca di Catacombs Capuchin Palermo, Itali.

Kisahnya telah menjadi tarikan pelancong yang mahu melihat sendiri mumia itu. Malah, ada di antara pengunjung yang mengatakan bahawa mereka seolah-olah merasakan mata Rosalia berkedip.

Kemungkinan suhu di bawah tanah telah menyebabkan kelopak mata menghasilkan kesan kedipan tersebut.

Menurut pengurus Catacombs Capuchin yang bernama Dario Piombino Mascali, dia mengatakan bahawa mata berkedip Rosalia adalah ilusi optik yang terjadi disebabkan oleh sudut cahaya yang datang dari arah tingkap.

Perubahan cahaya menyebabkan mata Rosalia kelihatan seperti terbuka dan tertutup untuk beberapa kali sepanjang hari.

Menurut kajian yang dibuat, kemungkinan penggunaan formalin, alkohol dan gliserin membuatkan tubuhnya bertahan lama daripada berbau busuk dan mereput.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca