Misteri Kucing Hijau Di Bulgaria Akhirnya Terjawab

Misteri kucing hijau ini bermula apabila penduduk tempatan menemui seekor kucing yang berwarna hijau di Varna iaitu sebuah kawasan pelancongan yang cukup terkenal di Bulgaria. Kucing pelik itu menarik perhatian ramai orang kerana warnanya seperti disunting dalam aplikasi Photoshop.

Pada mulanya, penduduk di situ menyangka kucing tersebut mungkin menjadi mangsa perbuatan kejam individu yang mewarnakan kucing tersebut. Akhirnya misteri kucing hijau ini terbongkar apabila didapati bahawa kucing tersebut berwarna hijau kerana ia tidur di timbunan cat hijau di kawasan pembinaan berhampiran.

Sumber: inhabitat.com

Penduduk tempatan mendakwa bahawa warna kucing itu bertambah hijau setiap hari tetapi kucing tersebut kelihatan tidak kisah dengan warna barunya dan termaksuklah kucing lain. The Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA) memberi amaran bahawa mewarnakan haiwan untuk tujuan kosmetik boleh memudaratkan haiwan tersebut dan membawa maut.

Penduduk tempatan mula risau apabila kucing tersebut telah hilang tetapi ada juga yang beranggapan bahawa warnanya telah hilang akibat daripada hujan dan kelihatan seperti kucing biasa semula. Kemudian, kucing tersebut dikatakan muncul semula dan pihak agensi perlindungan haiwan mengambil peluang untuk membersihkan kucing tersebut.

Apa pendapat anda sekiranya kucing anda berwarna pelik seperti ini?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca