Misteri Kod Cicada 3301 Yang ‘Memecahkan Kepala’ Warga Siber

Cicada 3301. Itulah gelaran yang diberikan kepada organisasi atau insan misteri yang mengadakan cabaran code-breaking paling susah di internet.

Menurut akhbar British Telegraph, seorang profesor berpendapat yang cabaran tersebut bukan sekadar internet troll atau satu jenaka kerana cara permainannya amat sofistikated dan bukan untuk suka-suka.

Beberapa sumber media berspekulasi yang kemungkinan agensi-agensi sulit kerajaan Amerika seperti CIA, NSA dan MI6 yang mengadakan cabaran ini kerana mereka sedang merekrut penggodam terbaik dan paling pintar.

Satu teori lagi, teka-teki ini mungkin dianjurkan oleh satu organisasi underground anarki dan intelektual yang mahu berkongsi ideologi mereka dengan hackers yang old-school.

Tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan gerakan Freemason atau illuminati.

Seseorang itu perlu melihat setiap klu teka-teki yang kompleks dan tersembunyi bagi menyelesaikan misteri Cicada tersebut dalam tempoh sebulan.

Pelbagai skil diperlukan bagi menyelesaikan teka-teki tersebut seperti programming, kriptografi, numerologi Maya dan biasa baca fiksyen cyberpunk.

Mesej rahsia

Semuanya bermula pada 4 Januari 2012, apabila suatu imej misteri berlatar hitam bertulisan putih mengandungi mesej rahsia muncul di internet.

Sejak itu, bermulalah misi menyelesaikan misteri Cicada 3301 yang membuatkan para penggodam menggaru kepala.

Pelbagai cara digunakan untuk mengekstrak mesej tersebut yang membawa kepada kod-kod tersembunyi seperti puisi, angka-angka purba dan perkara-perkara berkaitan sastera lama.

Klu-klu yang ditinggalkan tidak terhad dalam dunia digital, tetapi turut berlaku dalam dunia sebenar.

Salah satu klu yang ditinggalkan adalah nombor telefon. Apabila pemain cuba dial nombor tersebut, mereka akan mendapat mesej yang berbunyi begini:

“Very good. You have done well. There are three prime numbers associated with the original final .jpg image. 3301 is one of them. You will have to find the other two. Multiply all three of these numbers together and add a .com on the end to find the next step. Good luck. Good-bye.”

Setelah melaksanakan arahan tersebut, satu imej cicada (cengkerik) terpapar di skrin berserta kiraan selama tiga hari dan URL yang tertera mesej di bawah apabila ditekan:

You have done well to come this far. Patience is a virtue. Check back at 17:00 on Monday, 9 January 2012. UTC.

Pada penghujung hari ke-3, laman web tersebut mendedahkan 14 koordinat GPS di seluruh dunia. Antara lokasinya adalah di bandar-bandar seperti Warsaw, Seoul, Paris, Sydney, Hawaii, Miami, New Orleans dan Seattle.

Para pemain yang melawat lokasi mengikut koordinat GPS tersebut akan menemui perkara sama iaitu sekeping kertas putih bertampal di lampu jalan yang mengandungi imej cicada dan kod QR.

Setelah diimbas, kod QR tersebut bersambung dengan link URL baru di mana para pemain perlu ekstrak kod baru seterusnya menyelesaikan beberapa persoalan teka-teki yang rumit.

Sebulan kemudian, Cicada 3301 meninggalkan mesej terakhir:

We have now found the individuals we sought. Thus, our month-long journey ends. You are undoubtedly wondering what it is that we do we are much like a * think tank * in that our primary focus is on researching and developing techniques to aid the ideas we advocate liberty privacy security.

Nampaknya mereka sudah jumpa orang yang dicari namun identiti insan terpilih itu tidak pernah didedahkan.

Walaupun sudah ada pemain yang berjaya menyelesaikan kes tersebut, namun misteri yang masih belum berjaya dibongkar sehingga kini adalah siapakah sebenarnya mastermind di sebalik ‘permainan’ ini?

Artikel Lain Untuk Di Baca