Etnik Bo dan Guyue yang berasal dari selatan China, tidak menanam mayat penduduk yang telah mati sebaliknya mereka akan meletakkan jasad tersebut di dalam sebuah keranda lalu menggantungnya di tebing bukit.
Amalan ini turut diamalkan oleh beberapa etnik kecil seperti di Filipina dan Indonesia.
Para sejarawan juga tidak menemukan sebarang catatan berkaitan masyarakat etnik ini yang mengambil keputusan untuk menggantung keranda bersama mayat di dalamnya.
Sesetengah pendapat mengatakan bahawa tujuan ia melakukan perkara itu ialah bagi memudahkan roh mayat untuk naik ke langit.
Terdapat dakwaan lain yang mengatakan ia dapat mengelakkan mayat daripada dikorek dan dimakan oleh binatang-binatang buas atau dirosakkan oleh manusia sekiranya mayat itu digantung di tebing bukit.
Amalan ini dikatakan juga bagi memastikan tanah-tanah bebas daripada sebarang mayat agar ia dapat dimanfaatkan ke pertanian.
Keranda-keranda yang masih tergantung ini dapat dilihat di selatan dan tengah China terutamanya di kawasan terpencil sepanjang Sungai Yangtze yang mengalir dari Himalaya ke pantai timur China.
Keranda-keranda ini dihasilkan daripada satu batang pokok yang biasanya berlubang di bahagian tengah atau beberapa lapisan kayu.
Keranda ini akan disusun rapat dari bahagian atas hingga ke bawah tebing bukit.
Justeru, kerja-kerja menggantung keranda ini di tebing bukit juga bukanlah tugas yang mudah kerana berat keranda dan jasad yang ada di dalamnya menyukarkan usaha menggantung keranda tersebut.
Sehingga kini, ia masih menjadi misteri bahawa bagaimana masyarakat ini menggantung keranda-keranda tersebut.
Keranda yang diletakkan di bahagian atas bukit boleh diturunkan daripada atas dengan menggunakan tali manakala bagi keranda yang diletakkan berhampiran dengan tanah mungkin tidak begitu sukar kerana ia perlu dinaikkan dengan menggunakan tangga.
Terdapat ratusan keranda tergantung yang masih dapat dilihat di tiga daerah iaitu di Sichuan, Yunna dan Guizhou, tetapi sebahagiannya telahpun jatuh rebah ke bumi.
Ia juga dipercayai masih terdapat ratusan keranda di bahagian selatan China selain daripada tiga daerah tersebut.