Misteri Kapal Hilang Di Segi Tiga Bermuda, Selepas 100 Tahun

Segi Tiga Bermuda adalah tempat paling misteri di dunia dengan beberapa laporan menyatakan bahawa tempat ini telah ‘banyak’ makan kapal di laut mahupun udara.

Setiap kapal yang hilang di sekitar tempat yang turut dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan, tinggal misteri sehingga kini.

Sebuah pasukan penyelam elit , telah berjaya merungkai kisah misteri sebuah kapal SS Cotopaxi yang hilang ketika melalui Segi Tiga Bermuda setelah berlabuh dari Charleston, Carolina Selatan pada 29 November 1925.

Mesej terakhir yang dihantar oleh kapal pembawa arang batu adalah isyarat kecemasan pada 1 Disember 1925 iaitu dua hari selepas meninggalkan pelabuhan.

Kapal dan krew hilang secara tiba-tiba dan mencetuskan pelbagai misteri. Dilaporkan ketika itu, tiada sebarang tanda di sekitar kawasan kejadian seperti tiada bangkai, limpahan minyak atau barang-barang yang terapung.

Misteri Cotopaxi akhirnya terjawab apabila penyelam elit yang terdiri daripada Michael Barnette, ahli biologi marin, pasukan Perkhidmatan Laut Nasional NOAA dan HMHS Brintannic berjaya menemui bangkai kapal pada kedudukan 35 batu dari pantai St. Augustine, Florida dengan kedalaman seratus meter.

Michael Barnette berkata, “Kami tahu bahawa pada hari pelayaran itu sesuatu berlaku kerana mereka menyampaikan mesej ‘mayday’ .

“Dan kemudiannya, mereka hilang dan kami tidak pernah menemui bangkai, mayat atau apa-apa. Kapal itu hanya hilang seperti itu, jadi kami cuba menentukan apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Rekod cuaca pada hari kejadian menunjukkan bahawa satu ribut besar berlaku di kawasan kejadian yang telah membawa kapal tersebut jauh ke pantai St. Augustine.

“Mulanya ia sangat emosional kerana pertama kali anda teruja bahawa teori anda betul. Perasan bercampur baur namun bila anda menyedari, ‘ini adalah tapak perkuburan anggota krew yang meninggal dunia 100 tahun dahulu,’ kata Barnette lagi.

Cotopaxi dinamakan sempena gunung berapi di Ecuador. Ia dibina oleh Great Lake Engineering Works, di Ecorse, Michigan untuk Clinchfield Navigation Company.

Untuk baca artikel yang berkaitan tempat misteri, sila klik pautan dibawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca