
Pasti ramai yang tertanya apa itu dark web, dan mengapa ia misteri? Meh, penulis nak kongsikan tentang Misteri Dark Web ni. Melalui satu bebenang daripada Twitter yang menjadi viral baru-baru ini milik @abstrakim, berkongsi tentang apa itu dark web.
Beliau mengetahui tentang dark web ini melalui pengalaman rakannya yang merupakan pelajar di salah satu universiti tanahair.
Kisahnya bermula pada hari pertama rakannya mendaftarkan diri di universiti tersebut. Sepanjang minggu orientasi rakannya hanya duduk berseorangan dan tiada teman sebilik.
Selepas tamat orientasi rakannya pulang ke bilik dan terlihat ada satu bagasi di atas katil bersebelahan dengan katilnya, dia berasa lega kerana telah mendapat teman sebilik. Tapi teman sebiliknya tidak kelihatan lantas dia hanya bermain telefon di atas katilnya, tiba-tiba rakannya terlihat sosok tubuh manusia di bawah katil teman sebiliknya sambil tersenyum. Dia berasa takut dan terus memejamkan matanya. Kemudian dia beranikan diri untuk buka matanya dan sejurus dia membuka matanya, sosok manusia itu sudah pun berada di sebelahnya. Dia bertanya pada manusia itu siapakah dia, lantas ia membalas dengan senyuman yang creepy dan mengatakan bahawa dia penghuni bilik itu. Rakannya berasa lega sebab maknanya itu sememangnya manusia bukan makhluk lain.
Satu malam selepas rakannya selesai solat, dia bertanya kepada teman sebiliknya ” kenapa tak solat?” lantas teman sebiliknya berikan jawapan “saya malu nak solat sebab kawan-kawan saya tengah tengok dekat luar tingkap ” oh ya, lupa nak bagitahu bilik rakannya di tingkat empat dan katil dia bersebelahan dengan tingkap. Rakannya dah berasa pelik dengan kelakuan teman sebiliknya itu.
Sebelum tidur rakannya bermain dengan telefon bimbitnya, tiba-tiba dia terdengar teman sebiliknya menangis dengan suara yang nyaring sambil berselimut di atas katil. Dia cuba untuk tidak menghiraukan tangisan itu dan terus bermain dengan telefon bimbitnya, beberapa minit kemudian dia melirikkan matanya ke arah katil teman sebiliknya dan dia terlihat temannya itu sedang berdiri di atas katil sambil berselubung dengan selimut. Rakannya terus mengiring dan cuba untuk tidur.
Keesokan harinya rakannya memohon untuk tukar bilik dan pemohonan dia tidak diluluskan oleh pihak pentadbiran kerana alasan yang diberi oleh rakannya tak berasas kerana di dalam rekod pentadbiran rakannya tinggal seorang je.
Bersambung.