KONGSIKAN

 

(Sambungan Bahagian 4)

 

Selepas seminggu mereka pulang dari mendaki gunung, rakannya menjalani kehidupan di universiti seperti biasa. Dia tidak mahu lagi memikirkan tentang pelajar pelik itu.

Pada suatu malam, dia perlu selesaikan tugasannya secepat mungkin kerana tarikh untuk menghantar tugasan itu semakin hampir.  Sedang dia  kelam kabut  ingin menyiapkan tugasannya itu, laptop dia pula terkena virus. Teman sebilik dia pula tidak mempunyai laptop. Dia terpaksa meminjam daripada kawan bilik sebelah. Malam itu sedang dia sibuk melakukan tugasannya,  ada panggilan masuk dari ibunya. Sambil membuat kerja  dia pun berbual dengan ibunya. Tiba-tiba panggilan terputus, dia pun hanya membiarkan sahaja dan menumpukan perhatian pada kerja. Tidak lama kemudian, mesej dari ibunya masuk.

” Mak dengar ada suara orang menangis dalam bilik kau, siapa tu?” Dia terus memandang sekeliling, tak ada bunyi apa-apa pun. Dia tidak tahu mahu membalas apa kepada ibunya, jadi dia biarkan sahaja.

Sedang dia sibuk dengan kerjanya, tiba-tiba ada pesanan yang muncul di skrin laptop itu. “You got a new email, click here.” Tanpa sengaja dia klik di skrin tersebut. Dia cuba untuk membatalkan dengan menekan pada kekunci untuk berpatah balik. Kemudian skrin menjadi gelap. Dengan perlahan-lahan skrin menjadi terang, kelihatan seperti stiker “live” di bahagian atas sebelah kanan. Video ‘live‘ itu menunjukkan keadaan di dalam bilik yang gelap, kemudian lama-kelamaan bilik itu menjadi terang. Video itu menunjukkan seorang perempuan berambut panjang dan berbaju putih sedang terjerut di kipas. Perempuan yang sedang terjerut leher itu berpusing-pusing. Dan kelihatan darah banyak menitis jatuh.

Akibat terkejut menyaksikan video itu, dia pun terus menutup laptop, dan naik ke atas katil. Dia cuba untuk tidur, Tetapi dia masih teringat-ingat video yang baru dia lihat sebentar tadi. Namun disebabkan terlalu penat,dia tertidur juga. Bangun pagi itu, dia terkejut kerana  laptop itu tiba-tiba berada di tepi katilnya. Namun, laptop itu kelihatan seperti dicampak oleh seseorang. Dia terus mengambilnya dan cuba untuk menghidupkan laptop tersebut. Lega dia rasakan sebab ia masih berfungsi.

Ketika berada di dalam kelas, teman sebiliknya duduk di sebelahnya. Temannya bercerita tentang apa yang terjadi malam tadi.

” Malam tadi, aku ada dengar suara orang menangis dekat dengan katil kau.”

” Eh, betul ke?”

” Betul, masa tu aku pergi dekat katil kau untuk dengar, rupanya bunyi itu dari laptop kau tu,” ujar teman sebiliknya dengan nada bimbang.

“Aku baru nak pegang laptop tu, tiba-tiba tangisan tu berhenti. Lepas tu dia bersuara, “Do you hear me? Aku terus tertolak laptop tu dan ia terjatuh dari meja. Sebabkan aku takut,aku terus naik atas katil dan tidur.”

Selepas mendengar cerita temannya itu, dia menjadi semakin runsing. Sudahlah tugasannya belum selesai lagi. Lalu dia pulang ke bilik dan terus menyambung melakukan tugasannya. Dia ingin menyiapkan tugasannya dengan cepat agar dia dapat memulangkan semula laptop itu. Tepat jam 11 malam, dia masih lagi sibuk menyiapkan tugasannya. Tiba-tiba apa yang terjadi malam semalam terjadi lagi. Namun kali ini dia tidak menekan apa-apa, tetapi skrin tetap menjadi gelap. Dia ingin tutup sahaja laptop  itu, tetapi tidak boleh kerana  dia masih belum menyimpan kerjanya. Skrin tiba-tiba bertukar menjadi terang. Dia terkejut, apabila melihat video ‘live‘ itu. Video itu menunjukkan dari dalam biliknya. Dalam keadaan ketakutan dia dapat menekan butang pangkah di skrin komputer riba itu.

Dia terus menuju kebilik sebelahnya,dan memulangkan semula komputer riba itu.

” Kau buat apa dengan laptop kau ni? Sampai boleh ada benda yang bukan-bukan.” Marahnya kepada teman itu.

Teman dia tu berasa hairan. “Eh, itu bukan laptop aku, aku pun pinjam daripada kawan aku.”

” Habis tu, laptop siapa?”

Laptop, rommate lama kau.”

Selepas mendapat tahu akan hal itu, rakannya memberanikan diri untuk bertemu dengan pelajar pelik tersebut. Sampai sahaja di depan pintu bilik pelajar pelik itu, dia mengetuk beberapa kali. Tetapi tiada balasan. Tidak lama kemudian pelajar dari bilik sebelah keluar dan bertanya kepadanya.

” Cari siapa?”

Student yang tinggal di bilik ini, ada dekat mana ye?” sambil menunjuk ke arah  gambar pelajar pelik itu, yang tertampal di hadapan pintu.

” Oh, dia ni ke? Dia dah seminggu berhenti belajar.”

Rakannya berasa terkejut bila mendengar cerita itu. “Rommate dia pula ada di mana?”

Rommate dia dah lama tukar bilik, tak tahan dengan perangai pelajar itu.”

Selepas mendengar cerita itu, rakannya pun pulang ke biliknya dengan penuh tanda tanya. Tetapi pada waktu yang sama dia berasa seronok, kerana pelajar pelik itu sudah berhenti. Laptop pelajar pelik itu masih berada di tangan dia. Dia menyimpan laptop itu di dalam almari.

Dua bulan pun berlalu. Ketika dia berada di dalam biliknya, dia terdengar ketukan di pintu bilik. Lantas dia membuka  pintu, dan dia terkejut kerana kelihatan beberapa orang pegawai polis di hadapan biliknya. Pegawai polis itu meminta untuk memasuki biliknya dan mereka meminta dia untuk memberikan kerjasama. Pegawai polis terus menggeledah bilik bagi mencari bahan bukti dan salah seorang pegawai polis itu menemui laptop yang berada di dalam almarinya.

” Boleh saya tahu, laptop itu milik siapa?”

” Itu laptop kawan saya, saya pinjam dari dia.”  Selepas mendengar jawapan itu, pegawai polis meminta dia untuk pergi ke balai polis untuk membantu penyiasatan mereka.

Sebelum mereka bergerak ke balai polis, rakannya bertanya apa yang sedang terjadi.

” Laptop ini ada menjalankan transaksi penjualan senjata dan dadah, lebih kurang tiga bulan yang lepas.”

Rakannya masih terkejut selepas mendengar penjelasan itu. Tetapi dia akur dan mengikut mereka ke balai polis. Selepas membuat keterangan, maka terungkailah segala persoalan selama ini.

Rakannya mendapat tahu bahawa pelajar pelik itu, merupakan penjenayah berprofil tinggi. Dahulu dia merupakan pelajar yang bijak di sekolah, aktif dalam sukan dan bercita-cita tinggi. Tetapi semuanya berubah selepas neneknya  meninggal dunia. Neneknya mempunyai saka, dan malangnya dia merupakan waris yang perlu mengambil saka tersebut. Walaupun dia tidak mahu mewarisinya, namun saka itu terus menganggu dirinya. Sehinggalah satu hari dia dirasuk, dan perkara itu membuatkan dia kehilangan kawan. Oleh kerana sering diganggu siang dan malam, mentalnya turut terganggu. Dia berubah menjadi pelajar pelik.

Persoalannya, yang selalu menganggu itu pelajar pelik itu atau sakanya? Mungkin kerana  itu pelajar pelik itu boleh berada di tempat yang berbeza pada waktu yang sama. Mungkin ya atau mungkin tidak. Sebenarnya pelajar pelik itu mempunyai kembar namun kembarnya seorang yang nakal dan tidak pandai seperti pelajar pelik itu. Apabila kembarnya mendapat tahu tentang keadaan mentalnya yang sudah terganggu, kembarnya mengajak pelajar pelik itu untuk melakukan jenayah. Ini kerana walaupun mental pelajar pelik itu sudah terganggu, tetapi dia masih lagi seorang yang bijak.

Mereka berdua melakukan banyak jenayah besar bersama. Sehingga mereka terpaksa mencuri identiti orang lain, untuk lari dari polis. Jenayah yang mereka lakukan sudah lama terjadi, tetapi mereka berdua masih bebas. Ada waktu-waktunya rakannya akan menerima satu panggilan telefon. Tetapi tidak bercakap, orang itu hanya menangis. Rakannya masih tidak faham apa tujuan panggilan itu. Nombor yang digunakan tidak dapat dijejaki.

Tamat

Mesti pembaca semua tertanya-tanya apa kaitan ‘Dark web‘ dengan cerita di atas kan? Untuk pengetahuan semua, internet memiliki lapisan yang berbeza dan kita hanya mengakses lapisan yang pertama sahaja. Lapisan pertama itu disebut sebagai surface web. Surface web hanya 4% daripada informasi di internet. Maksudnya, terdapat lagi 96% informasi dari internet yang kita belum akses.

96% informasi lagi berada dalam deep web, dark web. Internet yang kita gunakan setiap hari untuk browser , secara umum yang boleh diakses menggunakan browser web, seperti Google chrome, Firefox dan sebagainya. Browser web ini hanya boleh mengakses surface web sahaja.

Dark web adalah bahagian daripada deep web atau boleh dikatakan bahagian deep web yang lebih dalam. Untuk mengaksesnya anda perlu menggunakan browser special dimana  browser itu dikenali sebagai TOR (The Onion Router). Di dalam dark web ada banyak aktiviti jenayah dan rahsia yang kita tidak tahu. Sebagai contoh, pelajar pelik dan kembarnya itu melakukan jenayah hanya dengan internet.

Penulis berharap melalui artikel ini  pembaca dapat memperolehi maklumat yang baru dan lebih berhati-hati untuk mengakses internet kita.

 

Jika anda mempunya cerita atau maklumat yang menarik, boleh kongsikan di ruang komen.