
Cuti pertengahan semester 2 bermula. Kolej kediaman rakannya mengadakan aktiviti mendaki gunung dan kebetulan rakannya memang mengemari aktiviti sebegitu. Dia juga mengajak teman-temannya untuk turut serta. Bagi aktiviti mendaki gunung, mereka perlu menaiki bas untuk sampai ke kaki gunung. Ketika dia sedang duduk di dalam bas, salah seorang dari temannya bertanya kepada dia “Kau tak bagitahu pun yang kau ada ajak dia sekali.”
Dia berasa pelik dengan pertanyaan itu “Ajak siapa?” temannya terus menuding jari kearah seseorang “Itu, roommate lama kau.”
Rakannya terus berasa terkejut, sebab dia tidak pernah pun mengajak pelajar pelik itu.
Tepat jam 9 pagi mereka tiba di kaki gunung. Maka, bermulalah pendakian mereka. Selepas apa yang terjadi, rakannya memastikan yang pelajar pelik itu tidak menghampiri dia. Tetapi ada ketikanya dia terpandang wajah pelajar pelik itu, dan kelihatan riak wajahnya terus berubah dari muram terus menjadi ceria. Perjalanan ke kem rehat mengambil masa selama 7 jam, jadi mereka tiba di kem pada jam 4 petang. Mereka perlu mendirikan khemah dan berehat sebelum menyambung pendakian ke puncak gunung jam 2 pagi nanti.
Setakat ini pelajar pelik itu tidak memberikan masalah kepada rakannya. Tetapi ada sesuatu yang pelajar pelik itu lakukan, ketika mereka berjalan di laluan yang penuh dengan pokok buluh. Kebetulan rakannya berjalan tidak jauh dari pelajar pelik itu dan dia terlihat yang pelajar pelik tu seperti ketawa sendirian.
Tepat jam 10 malam. Semua orang sedang lena tidur, tiba-tiba rakannya nak pergi buang air. Keadaan waktu itu sangat gelap, dia mengejutkan kawannya untuk menemani dia. Mereka pun berjalan keluar dari khemah untuk menuju ke tempat membuang air. Tiba sahaja di tempat itu dia meminta kawannya untuk berdiri jauh dari dia.
“Kalau malu, aku tutup lampu suluh ni lah.”kata temannya.
Keadaan di situ menjadi gelap. Dalam keadaan sunyi itu rakannya terdengar ada suara sayup-sayup sedang mengaji. Dia terus terkaku sambil tertanya-tanya tentang siapa pula yang mengaji di tengah hutan ini. Dia bertanya kepada kawannya sama ada dia juga mendengar benda yang sama atau tidak. Tapi tiada sahutan dari kawannya. Dia terus menoleh kebelakang untuk menuju ke arah kawannya, tetapi tiada sesiapa di situ. Hanya dia seorang sahaja. Rakannya terus berlari ke khemahnya. Setibanya dia di khemah, terlihat kawannya yang sebentar tadi bersama dia sedang tidur.
Tiba-tiba ada suara yang nyaring dari belakang dan berkata “awak takut ke?” rakannya menoleh dan kelihatan pelajar pelik itu sedang duduk bercangkung sambil mengukirkan senyuman yang menyeramkan. Dia bertanya lagi “kenapa awak jalan seorang tadi? ramai kawan saya disini.” Disebabkan rakannya sudah biasa dengan perangai pelik pelajar tersebut dia terus membalas, “jangan kacau aku, aku penat nak tidur.” dan dia terus sambung tidurnya.
Tepat jam 2 pagi sepatutnya mereka memulakan pendakian ke puncak gunung.Tetapi disebabkan hujan, mereka terpaksa menangguhkan dahulu. Jam 5 pagi mereka pun memulakan pendakian ke puncak gunung. Tiba di puncak jam 9 pagi. Mereka semua berasa gembira dengan pemandangan disitu. Setelah selesai bergambar mereka pun turun untuk pulang ke kem. Disebabkan rakannya berasa sakit lutut jadi dia menjadi orang terakhir yang turun. Setibanya mereka di kem rehat keadaan di situ menjadi huru-hara. Kerana bilangan orang tidak cukup.walhal rakannya merupakan orang terakhir yang turun. Pelajar pelik itu yang tiada di situ. Jadi terpaksalah orang yang membimbing mereka itu naik semula untuk mencari.
Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang, tapi mereka masih belum menemui pelajar itu. Rakannya terus mengajak teman-temannya untuk mencari apa-apa isyarat yang boleh membantu mereka untuk temui pelajar pelik itu. Dia membuka beg pelajar tersebut dan mereka temui anak patung dan sebuah buku, dalam buku itu terdapat penulisan pelajar pelik itu. Banyak syair yang ditulis. Antara syair tersebut, ada satu syair yang menarik perhatian mereka. Kerana tarikh yang tertulis di situ merupakan tarikh pada malam semalam.
Kala malam menyepi,
Ku terihat sang hati,
Melihat darahnya yang mengalir,
Membasahi sekujur tubuh kaku.
Setiap malam,
Dia merintih dan menangis,
Mengaji dan mencari,
Dia ialah
Selepas ayat terakhir kertas telah pun dikoyak. Pelajar pelik itu seolah menyembunyikan sesuatu. Kemudian mereka diarahkan untuk turun dari gunung itu, kerana hari semakin gelap. Bekalan makanan juga tidak mencukupi jika mereka bermalam di situ. Terpaksalah mereka meninggalkan pelajar pelik itu.
Mereka terpaksa berjalan dengan membawa lampu suluh kerana hari sudah gelap. Rakannya berjalan di belakang kerana lututnya yang masih sakit. Kemudian mereka tiba di laluan bawah pokok buluh. Rakannya terkejut apabila terlihat ada banyak helaian rambut panjang di bawah pokok buluh itu.Terdapat juga cebisan kertas di antara helaian rambut, rakannya terus mengambil kertas itu. Ketika di dalam perjalanan dia berfikir, mungkin itu merupakan cebisan kertas sambungan dari syair itu. Tapi bagaimana pula boleh berada disitu? Runsing.
Ketika mereka ingin melintasi anak sungai, rakannya mengambil kesempatan untuk melihat cebisan kertas itu, benar cebisan itu sambungan syair tersebut.
“Seorang pontianak
Yang dahaga akan darah,
Tapi manusia mana mangsanya”
Selepas membaca syair itu dia terus berasa takut dan membuang cebisan kertas itu. Dengan pantasnya dia melintasi anak sungai tersebut. Ketika dia melintasi sungai, dia seolah terlihat seorang perempuan berbaju putih dan berambut panjang di dalam air sungai itu. Tetapi wajahnya tidak kelihatan. Dia terus mempercepatkan langkahnya, tanpa menghiraukan lutut yang sedang sakit. Setibanya mereka di kaki gunung. Mereka semua terkejut kerana pelajar pelik itu sudah pun berada disitu. Pelajar pelik itu tersenyum kearah mereka dan berkata
“Awak semua lambat betullah, saya sudah sampai dulu.”
Bersambung.