
Data dari pejabat pentadbiran asrama mengatakan bahawa rakannya hanya tinggal seorang di bilik tersebut, tiada kemasukan pelajar baru. Rakannya masih tidak berpuas hati, dia yakin yang sememangnya terdapat pelajar lain yang tinggal bersama dia. Terus dia mengajak pegawai di pejabat pentadbiran tersebut mengikut dia untuk pergi kebiliknya untuk membuktikan yang mereka salah.
Tiba sahaja dibilik, rakannya berasa terkejut bila dia lihat katil teman sebiliknya itu kosong dan tiada bagasi seperti semalam. Pegawai asrama tersebut terus memarahi dia dan meninggalkan bilik. Dia duduk di atas katil kosong itu sambil berfikir yang semalam dengan dia itu manusia atau hantu?, badan mula berasa seram sejuk. Tiba-tiba terlintas difikiran dia sesuatu yang boleh dikatakan gila untuk dilakukan, dia beranikan diri untuk melihat dibawah katil kosong itu, nasib tak ada apa-apa disitu, lega dia rasakan
Selepas kejadian itu, rakannya terus menjalani hidupnya dan terus tinggal dibilik asrama itu sendirian tetapi tak tahu kenapa dia berasa tak tenang tinggal dalam bilik itu. Kerana dia masih teringat kejadian tempoh hari dan sukar untuk dia tidur seolah seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikan dia.
Selepas seminggu dia cuba untuk tinggal dibilik itu akhirnya dia berasa tak sanggup lagi kerana dia berasa sangat terganggu. Rakannya pergi ke pejabat pentadbiran untuk memohon pertukaran bilik, sudah tentu pemohonan dia tidak diluluskan tambahan setelah apa yang telah terjadi minggu sebelum itu. Rakannya pula yang dikatakan psycho. Dia terus merayu-rayu dengan alasan dia tidak dapat tumpukan perhatian pada pelajaranya, selepas memberikan alasan itu pegawai tersebut meluluskan pemohonan dia. Tetapi bukan masuk bilik kosong yang lain, kali ini dia dapat bilik yang sememangnya mempunyai penghuni.
Bilik baru rakannya itu berada ditingkat 3, selepas dia selesai kemas dibilik lamanya itu dia menuju ke arah bilik baru dia dengan niat, untuk memberi tahu rakan sebiliknya yang dia akan masuk kebilik itu. Tiba sahaja dihadapan pintu bilik itu dia terus membuka menggunakan kuncinya, pintu terbuka dan dia terlihat bilik itu kosong dan ada katil ditepi tingkap. Tiba-tiba ada seseorang keluar dari bawah katil, yang membuatkan dia lagi terkejut orang itu merupakan teman sebiliknya yang sebelum ini. Rakannya terus bertanya “Woi, Kau ni teman sebilik aku yang haritu kan?”. Teman sebiliknya itu tersenyum dan memberikan jawapan, ” Saya tinggal seorang dalam bilik ini, sebab tak ada siapa nak berkawan dengan saya, saya carilah kawan yang tinggal seorang seperti saya.Tapi sebabkan awak buat aduan di pejabat pentadbiran, saya jadi takut dan terus saya tukar bilik lain.” kemudian teman sebiliknya itu bertanya kepadanya ” Awak buat apa dekat sini?”
Soalan itu membuatkan rakannya terfikir yang dia telah membuat keputusan yang salah sekarang ni dia perlu untuk terus tinggal dibilik yang baru itu, mustahil untuk dia dapat tukar bilik lagi. Rakannnya terpaksa terus tinggal dibilik itu bersama teman sebiliknya yang pelik dan lebih banyak bersendiri, teman sebiliknya itu ada memelihara seekor katak yang peliknya kataknya itu selalu bertukar-tukar, kerana ada satu pagi itu rakannya terlihat teman biliknya itu sedang membelah badan katak itu sambil tersenyum creepy. Teman sebiliknya itu juga sering menangis pada waktu malam sambil berselimut dan juga selalu melihat dibawah katilnya. Bimbang untuk bertanya lantas rakannya hanya membiarkan teman sebiliknya berpelakuan sebegitu.
Selepas semester pertama tamat, Rakannya memperolehi teman sebilik yang baru kerana teman sebiliknya yang pelik tu minta tukar bilik yang lain. Tetapi rakannya selalu mendengar aduan dari teman sebilik pelajar pelik itu, dia mengatakan pelajar itu melakukan perkara-perkara yang pelik, dia juga memberitahu yang pelajar pelik itu ada menyimpan rambut yang sangat banyak didalam satu kotak dan bila dia tanya tentang rambut itu, pelajar pelik itu mengatakan itu rambut teman sebiliknya yang lalu. Terus rakannya teringat yang pelajar pelik itu sememangnya sering mengutip rambut dia dengan alasan rambut rakannya itu cantik. Tetapi bila teman sebiliknya yang baru ini bertanya untuk apa rambut itu, pelajar pelik itu jawab, ” Saya nak buat rambut untuk kawan baik saya yang tinggal bawah katil ini.”
Rakannya itu cuba untuk berfikiran positif kerana dia tidak mahu teman sebilik pelajar pelik itu berasa takut, dia hanya katakan yang pelajar itu hanya bergurau. hari berganti hari rakannya dapat tahu yang pelajar pelik itu telah pun berhenti belajar kerana masalah disiplin. Cerita ini telah lama berlalu, tetapi rakannya masih lagi diganggu oleh pelajar pelik itu.
Bersambung.