
Semester kedua bermula. Rakannya memperolehi teman sebilik yang baru merupakan kawan baiknya, seronok dan lega dia rasakan kerana tidak lagi satu bilik dengan pelajar pelik itu. Malam itu sedang dia dan kawan bilik dia tidur, tiba-tiba pintu biliknya diketuk lantas dia bangun dan membuka pintu untuk melihat siapa yang datang ke biliknya pada lewat malam sebegini. Sejurus dia membuka pintunya tiada siapa kelihatan, kosong. Dia menutup pintunya dan kembali ke katil. tidak lama kemudian pintu bilik diketuk lagi tapi kali ini teman sebilik dia pula yang pergi untuk membuka pintu, setelah pintu dibuka sama seperti tadi, tiada sesiapa. Teman sebiliknya itu berasa marah dan menutup kembali pintu bilik.
Dalam keadaan bilik yang gelap dia memandang ke arah katil temannya dan dia terlihat ada sosok tubuh keluar dari bawah katil temannya, makhluk itu terus keluar dan berdiri betul-betul di sebelah katil temannya. Dia terus membalingkan bantal sambil menjerit ke arah makhluk tersebut, “Keluarlah!, gila.”
Selepas terdengar jeritan dia tu teman sebiliknya terjaga dan terkejut kerana ada makhluk yang sedang berdiri di tepi katilnya. Rakannya terus bangun dari katil dan menekan suis lampu di meja belajar, dalam cahaya yang samar dia terlihat wajah makhluk itu merupakan bekas teman sebiliknya. Pelajar pelik itu sedang tersenyum creepy. Dia berasa pelik, bagaimana dia ni boleh masuk ke dalam bilik?. Terus dia bertanya kepada pelajar pelik tersebut. ” Buat apa dekat sini?, masuk macam perompak.”
” Saya rindu nak tengok awak tidur.” Balas pelajar pelik itu.
Oleh kerana teman biliknya yang baru ni seorang yang garang dia lantas menarik tangan pelajar pelik tu dan membawa keluar dari bilik,
“kalau ada barang aku yang hilang, aku cari kau.” memberikan amaran kepada pelajar pelik itu.
“Kalau awak tahu siapa saya, mesti awak tak berani nak cari saya.” Balas pelajar pelik itu dan berlalu pergi. Teman sebiliknya terkejut dan terus mengunci pintu bilik mereka.
Itu merupakan kali terakhir mereka bertemu.
Suatu malam, ketika rakannya bersama dengan teman-teman yang lain sedang menonton drama di komputer riba, pintu bilik dia terbuka, dan terlihat teman sebilik pelajar pelik itu datang menghampiri dia dan memberi tahu bahawa dia tidak dapat masuk kedalam bilik dia kerana pelajar pelik tu kunci pintu dan tahankan dengan almari baju.
Disebabkan pelajar pelik itu tidak mempunyai kawan, lantas mereka meminta dia sebagai bekas teman sebilik pelajar pelik itu untuk memujuk. Dia pun terus menuju ke bilik pelajar pelik tersebut dengan niat untuk cuba memujuk. Pelajar lain sudah mula berkumpul dihadapan bilik itu, Rakannya terus mengetuk pintu bilik sambil memanggil namanya, tetapi dia tidak menyahut sebaliknya yang kedengaran hanya tangisan tapi bila di amati tangisan itu sangat nyaring. Mereka cuba untuk tolak pintu bilik itu tetapi tidak boleh, almari yang menghalang sangat berat.
Warden asrama pun tiba di situ tapi disebabkan pintu terlalu susah untuk dibuka, mereka ingin memecahkan sahaja pintu tersebut. ketika warden mengatakan untuk memecahkan pintu, pelajar pelik itu berhenti seketika dari menangis, tetapi bila dipanggil tiada reaksi dari dia.
Mereka terus menolak pintu itu, pintu terbuka sedikit dan rakannya terlihat pelajar pelik itu sedang duduk atas katil dengan berselimut, badan dia pula digerakkan ke kiri dan ke kanan. Pelajar pelik itu menoleh kearah dia dan alangkah terkejutnya dia bila pelajar pelik itu menoleh kearahnya dengan wajah berwarna hitam, dia terus terduduk. Warden pula cuba untuk melihat ke dalam namum baru sahaja dia menghampiri pintu terus tertutup.
Disebabkan pintu tertutup kembali, seorang pelajar cuba untuk memanjat tingkap untuk melihat apa yang terjadi, kemudian dia turun dan berasa pelik, dia menghampiri rakannya itu dan bertanya “Betul ke kau nampak ada orang tadi? sebab aku tak nampak siapa pun dalam bilik tu.” katanya, rakannya menjadi takut dan terkejut. Kemudian, dengan tiba-tibanya pintu bilik boleh dibuka seperti tidak berkunci, almari turut terletak di tepi dan bilik itu kosong tiada siapa-siapa. Ketika mereka sedang berada di dalam bilik, pelajar pelik itu pun tiba di pintu dan bertanya ” awak semua mencari saya ke?”
Semua yang berada disitu terkejut bila mendengar suara itu, terus rakannya bertanya pada pelajar pelik itu, ” macam mana kau boleh ada disini?.” Pelajar pelik itu mengukirkan senyuman dan memberikan jawapan “Saya baru balik dari jalan-jalan di padang.” mereka saling berpandangan dan semakin keliru, tetapi rakannya masih berasa tidak berpuas hati, dan terus bertanya ” habis tu, siapa yang aku nampak dalam bilik tadi?” pelajar pelik itu seperti biasa dengan senyuman creepy dia memberikan jawapan, “Jadi awak semua sudah berjumpa yea dengan kawan saya?”
Semua yang berada disitu berasa hairan.
Bersambung.