Misteri Bangkai Lembu Dibunuh Kejam, Alat Sulit Dan Lidah Haiwan Ini Dipotong

Seekor lembu ditemukan mati dalam kawasan perladangan di Oregon, United States. Lebih memilukan apabila bangkai tersebut dijumpai mati dalam keadaan lidah dan kemaluannya dipotong oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tambah mengelirukan apabila darah haiwan tersebut sama sekali tidak tumpah ke tanah bahkan kering dan hilang daripada tubuh lembu berkenaan.

Tidak lama kemudian, empat ekor lembu dilaporkan mati sebagaimana bangkai pertama yang dijumpai pada beberapa hari yang lalu. Walau bagaimanapun, kematian haiwan tersebut tidak memperlihatkan tanda seperti ditembak atau diserang oleh haiwan liar.

Menurut laporan Associated Press, penemuan kesemua bangkai lembu ini menunjukkan keanehan kerana kecederaan yang dialami adalah sangat janggal. Kes ini secara tidak langsung membawa kebimbangan terhadap para penggembala lain sehingga mereka keluar berpasangan bersama-sama senjata setiap kali turun ke kawasan perladangan.

Lebih memusykilkan apabila kebanyakan lembu yang menjadi mangsa pembunuhan ini asalnya memiliki berat sebanyak 2000 pound (900 kilogram) mampu ditumbangkan begitu sahaja oleh beberapa orang pelaku.

Bagaimanapun, kes pembunuhan haiwan ini bukanlah pertama kali yang dilaporkan oleh penduduk setempat. Pada tahun 1975, sebanyak 73 lembu dilaporkan mati dan bangkainya ditemukan dalam keadaan sadis sekali.

Seorang pemotong daging yang tinggal di kawasan tersebut menyatakan bahawa pembunuhan terhadap haiwan berkenaan dikategorikan sebagai misteri kerana tidak meninggalkan sebarang kesan seperti tumpahan darah dan sebagainya. Sebahagian daripada penduduk berpendapat bahawa jenayah ini dilakukan untuk menyempurnakan ritual yang dituntut oleh agama kaum lain.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa pelaku bahawa kematian haiwan ternakannya mati disebabkan oleh kemunculan makhluk asing dan bigfoot.

Susulan kejadian ini, pihak persatuan penggembala lembu di Oregon kini menawarkan ganjaran sebanyak $1,000 dan $25, 000 kepada mereka yang berjaya menangkap pelaku tersebut. Hal ini penting bagi menjaga populasi penternakan lembu yang dimiliki oleh mereka agar tidak mudah mati dan menanggung kerugian begitu sahaja.

Artikel Lain Untuk Di Baca