Misteri 200 Ekor Burung Mati, Fenomena Pelik Di Sepanyol

fenomena pelik

Dua ratus ekor burung mati seakan ‘hujan turun’ dari langit secara tiba-tiba berhampiran Hospital Juan Cardona, Sepanyol.

Kejadian ini berlaku pada 26 November yang lepas kira-kira jam 9 pagi telah menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.

Media tempatan mengesahkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan walaupun burung-burung itu melanggar kereta dan orang ramai sekitar kawasan tersebut.

Penyiasatan telah dijalankan oleh sebuah agensi alam sekitar serantau bersama Majlis Bandaraya Ferrol.

Daripada ratusan burung yang jatuh, dua ekor telah diambil bagi tujuan analisis ke atas burung tersebut untuk mendedahkan punca kematian.

Peristiwa yang sama turut berlaku pada awal tahun ini di Tarragona, timur laut Sepanyol.

Satu bahan kimia toksik dari loji petrokimia telah mengakibatkan ratusan burung jatuh dari langit.

Bagi kejadian ini pula, terdapat khabar angin mengatakan sekumpulan burung itu berkemungkinan terkena renjatan elektrik.

Memandangkan hospital itu tidak terletak bersebelahan dengan mana-mana jenis bangunan yang berpotensi melepaskan sebarang bahan kimia berbahaya.

Walaupun masih tiada kesimpulan yang kukuh dibuat daripada kejadian itu, pembentukan burung jalak yang sering terbang di langit dalam kumpulan yang besar juga boleh mengakibatkan mereka jatuh sedemikian rupa.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca