Meskipun hidup dalam serba kekurangan, seorang pelajar lelaki di Lianga, Filipina masih ke sekolah walaupun harus menggunakan daun pisang sebagai buku notanya.

Menurut gurunya, Arcilyn Balbin Azarcon, pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Erlande Monter terpaksa menulis nota menggunakan daun pisang kerana keluarganya terlalu miskin sehingga tidak mampu membeli buku nota ataupun kertas.
“Walaupun terpaksa menulis di atas daun pisang, semua nota kelas yang dipelajari pada hari itu tetap dicatat Erlande dengan sempurna,” kata gurunya.
Malah, Arcilyn turut mendedahkan Erlande tidak pernah berasa malu dengan ‘buku nota’ yang digunakannya. Sebaliknya, murid terbabit berasa bangga ke sekolah dan bercita-cita mahu menjadi seorang askar.

Kisah kegigihan Erlande itu dikongsikan Arcilyn di laman sosial Facebook miliknya. Arcilyn juga sempat berpesan kepada murid-murid lain agar berusaha untuk menulis nota dan bukan hanya mengambil gambar menggunakan telefon pintar masing-masing.
“Ambil gambar nota itu boleh memandangkan ini sudah abad ke-21. Namun, pastikan anda tetap menulis nota di dalam buku,” kata guru itu.
Kini, posting terbabit sudah tular dan mendapat lebih 10,000 reaksi serta 5,700 perkongsian oleh warganet yang rata-ratanya memuji sikap Erlande.
Untuk membaca artikel lain berkaitan murid sekolah, sila klik pada pautan di bawah: