Minzy Dedah Lagu Terkenal BlackPink Ini Sebenarnya Milik 2NE1

Pernahkah anda dengar lagu As If It’s Your Last dendangan BlackPink sebelum ini? Rupa-rupanya, lagu siulan ramai peminat di seluruh dunia ini bukan kepunyaan BlackPink pada mulanya tetapi ia sepatutnya menjadi milik 2NE1!

Ketika hadir sebagai tetamu istimewa untuk rancangan Park Myung Soo’s Radio Show pada Januari lalu, ahli termuda 2NE1 iaitu Minzy membuka cerita bahawa demo untuk lagu tersebut telah diberikan kepada kumpulan beliau ketika mereka sedang dalam proses pembikinan album Come Back Home.

2NE1. Sumber: SBS

“Lagu As If It’s Your Last pernah diberikan kepada 2NE1. Kami sudah pun bersiap sedia untuk merakamnya tetapi memilih untuk menghentikan rakaman tersebut kerana ada banyak lagi lagu yang lebih menarik pada waktu itu,” jelas Minzy yang kini lebih aktif sebagai penyanyi solo.

BlackPink. Sumber: Hellokpop

Dalam pada itu, khabar angin tentang lagu ikonik BlackPink itu sebenarnya milik 2NE1 telah lama tersebar dalam kalangan peminat kumpulan tersebut.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata peminat berkata bahawa lagu tersebut mempunyai aura yang sering dirasai dalam lagu-lagu terdahulu 2NE1:

Pada pendapat kami, kedua-dua kumpulan ini baik BlackPink ataupun 2NE1 mempunyai keunikan yang tersendiri. Walaupun lagu ini sepatutnya menjadi milik 2NE1, ia tetap berjaya dinyanyikan dengan baik oleh Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa. Apa pula pendapat anda?

Anda boleh tonton video penuh As If It’s Your Last dendangan BlackPink di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan BlackPink, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca