Minta Tunjuk Anggota Sulit, Doktor Pakar Sakit Puan Palsu Ditangkap

Seorang suspek pemangsa seksual yang dipercayai menyamar menjadi doktor pakar sakit puan di Rome telah ditahan oleh pihak polis Itali. Suspek didakwa telah menipu lebih kurang 400 wanita untuk menjalani pemeriksaan alat sulit melalui pautan web.

Selepas mendapat aduan daripada beberapa orang mangsa, pihak polis bertindak mengintip dengar panggilan lelaki berusia 40 tahun itu. Mereka kemudiannya menggeledah rumah dan menahan suspek lantas merampas beberapa telefon pintar dan kad memori milik lelaki berkenaan.

Menurut pihak polis dalam satu kenyataan, penipuan lelaki berkenaan bermula dengan dia menghubungi suspek yang sebelum itu menjalani ujian swab di klinik dan memberitahu mereka bahawa mereka didiagnosis dengan beberapa jangkitan di bahagian sulit.

“Suspek kemudian memujuk mereka untuk menjalani peperiksaan ginekologi secara dalam talian,” lapor pihak polis.

Pemangsa seksual yang menyamar menjadi pakar sakit puan memujuk mangsa untuk menjalani rawatan secara atas talian. *gambar hiasan

Seorang mangsa yang hanya dirujuk sebagai ‘Lucia’ berkata, “Suspek memperkenalkan dirinya sebagai seorang doktor. Dia tahu tarikh dan tempat lahir saya dan bertanya kepada saya sama ada saya sudah melakukan pemeriksaan ginekologi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“Suspek juga bertanya soalan yang semakin bersifat peribadi…kemudian meminta panggilan video melalui ZOom atau Hangout…(dan) meminta saya menunjukkan bahagian alat sulit saya untuk pengesahan diagnosis.”

Tambah pihak polis, lebih 400 wanita dari Lazio ke Lombardia dan Calabria sudah menjadi mangsa kepada penipuan ini. Pihak polis kini menyiasat lebih lanjut kes penderaan seksual ini.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca