Minta Syamsul Yusof Jaga Sensitiviti Anak-Anak, Ini Reaksi Puteri Sarah Liyana

Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa malu dan kecewa di atas tindakan suaminya yang juga pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Syamsul disifatkan telah menyerlahkan kejahilan sendiri walaupun disangka seorang yang berilmu.

Menerusi hantaran di Instagram Story, pelakon Sabarlah Duhai Hati itu membidas kenyataan suaminya dan berkata dia kecewa dengan tindakan Syamsul kerana ia akan memberi kesan kepada anak-anak.

“Orang jahil akan serlahkan kejahilannya walaupun dia disangka berilmu. Saya cuba untuk tidak memberi reaksi kerana damage has been done.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

Walau bagaimanapun, saya berasa sangat bertanggungjawab untuk berkata bahawa saya sangat kecewa dan malu bagi pihak anak-anak dan keluarga saya,” tulisnya.

Sarah turut menasihatkan Syamsul untuk tidak menyakitkan anak-anaknya dan juga perasaan mereka.

“Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tidak boleh menafikan hak mereka dengan telefon. Jangan pernah sakitkan anak-anak saya dan perasaan mereka.

Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm

Fikir sebelum awak memuat naik apa-apa hantaran di media sosial. Jaga sensitiviti terhadap anak-anak dan keluarga awak. Malunya ya Allah Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni,” tambahnya.

Terdahulu, pengarah filem Munafik itu memuat naik gambar perkahwinan bersama Puteri Sarah Liyana dan juga dengan Ira Kazar serta menitipkan harapan agar kedua-dua isterinya berada dalam keadaan tenang dan sabar.

Syamsul memuat naik gambar-gambar itu bersama kapsyen, “Morning (Selamat pagi)! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik.”

Seperti yang semua sedia maklum, Syamsul menggemparkan warganet pada Jumaat lalu apabila mengesahkan bahawa dia sudah mengikat tali perkahwinan bersama Ira berwalikan bapa mentuanya iaitu pelakon veteran tanah air Kazar Saisi.

Sementara itu, Sarah turut memuat naik hantaran di laman Instagram di mana dia meminta Syamsul melepaskan dirinya kerana lelaki itu didakwa gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga.

Sarah menjelaskan bahawa dia tidak dapat menerima dimadukan dengan cara yang tidak mengikut syariat sebenar.

“Kepada Mohd Syamsul, oleh kerana awak masih block saya sehingga sekarang dan masih gagal untuk berbincang, saya minta lepaskan saya.

Awak masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan awak adalah seorang suami yang toksik serta narsisistik. Saya tidak terima cara dimadukan yang tidak mengikut syariat yang sebenar.

Me with my kids are done with four years of being mentally tortured. We deserved better,” tulisnya.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca