Minta Syamsul Yusof Berhenti ‘Play Victim’, Ini Reaksi Puteri Sarah Liyana

Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana nampaknya masih lagi belum menemui titik noktah apabila pengarah terkenal berkenaan memuat naik video yang menjelaskan apa yang berlaku susulan kenyataan aktres itu sebelum ini.

Sarah tampil memberi kenyataan balas berhubung video yang dimuat naik oleh pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu di akaun Instagramnya.

Reaksi Sarah

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

Menerusi hantaran di Instagram Story, pelakon Aku Seorang Perempuan itu berpesan supaya Syamsul berhenti memutar belit cerita berhubung konflik yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

“Twistlah cerita selagi boleh. Tak apalah nak minta lepas pun. Haaaa jangan lepas ni twist lagi cerita pula, ‘Sarah yang minta lepaskan sangat. Saya tak nak. Selama ni saya sayang dia.’,” katanya.

Pelakon Sabarlah Duhai Hati itu turut meminta suaminya berhenti play victim dan mencipta drama seolah-olah pengarah berkenaan merupakan mangsa keadaan.

Enough with the play victim drama and blaming. Good night,” tambahnya.

Terdahulu, Sarah memuat naik satu hantaran di laman Instagram semalam yang meminta agar dirinya dilepaskan kerana dia tidak rela hidup bermadu selepas empat tahun rasa dikhianati.

Penjelasan Syamsul

Sekiranya anda menonton video yang dimuat naik di laman Instagram Syamsul, pengarah filem Munafik itu menjelaskan punca utama dia menyekat nombor telefon bimbit isterinya sendiri selama ini.

Syamsul turut berkata selama ini dia dan isterinya sentiasa berkomunikasi melalui ahli keluarga.

“Berbalik kepada block dia. Orang kata macam-macam tentang saya. Saya tak bawa berbincang? Cuba lihat balik video saya sebelum ni.

Puteri Sarah pun. Saya ajak awak berbincang. Jangan libatkan orang lain. Ini awak minta nak berpisah pula. Okay kita berbincang di rumah antara saya dengan awak daripada hati ke hati. Tidak perlu melibatkan orang lain.

Selama ni kita berkomunikasi melalui ibu awak, mak saya dan orang gaji. Dua orang gaji awak nak saya bagi. Adik saya. Adik awak. Kita berkomunikasi selama ini.

Baru tadi kita komunikasi. Awak nak duit, saya bagi. Saya cari rezeki untuk awak dan anak-anak. Kenapa saya block? Saya tak nak cakap sebab nanti nampak saya salahkan isteri.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana dan The Star

Saya beritahu kenapa saya block isteri saya. Saya tak suka bergaduh. Macam mana saya nak berkomunikasi dengan awak wahai Puteri Sarah?

Awak akan sentiasa maki hamun saya. Engkau aku engkau aku. Saya tak ada ruang untuk berbicara ataupun tiba-tiba awak WhatsApp saya maki hamun.

Saya rasa ini memudaratkan dan saya block. Saya tak nak hubungan kita semakin teruk dan semakin keruh. Saya tak pernah hiraukan awak,” ujarnya.

Pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof itu turut berpesan kepada Sarah supaya berhenti berkongsi aib rumah tangga mereka kepada masyarakat.

Anda boleh tonton video penuh penjelasan Syamsul di bawah.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca