Minta RM10K Sebagai Kos Bakal Dimaki, Doktor Ini Tegur Sikap Anti Vaksin Yang ‘Kecut Perut’ Bila Diundang Stesen TV

Kira-kira seminggu yang lalu, Malaysia digemparkan dengan berita penularan Virus Polio selepas hampir tiga dekad negara ini bebas daripada serangan penyakit tersebut. Sehubungan dengan itu, orang ramai mula mengecam hebat golongan anti vaksin.

Mengambil kesempatan ekoran penularan isu ini, seorang individu anti vaksin telah diundang oleh krew stesen TV Al-Hijrah untuk berkongsi pendapat mengenai masalah tersebut dalam satu segmen kesihatan.

Walau bagaimanapun, individu terbabit membalas bahawa dia hanya akan menerima jemputan tersebut sekiranya syarat-syarat yang ditetapkannya ditepati pihak stesen televisyen berkenaan.

Antara syarat yang ditetapkan adalah soalan daripada pihak penerbit harus diberikan terlebih dahulu kepadanya selain meminta bayaran berjumlah RM10,000 sebagai kos bakal menjadi mangsa makian warganet.

Sehubungan dengan itu, seorang pegawai perubatan yang dikenali sebagai Dr. Amirul Amzar tampil memberikan respon beliau selain mengecam tindakan individu anti vaksin tersebut yang menolak tawaran dengan cara mempersendakan orang lain.

Dalam sebuah posting yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya, Dr. Amirul Amzar menceritakan pengalamannya diundang dalam sebuah program televisyen.

Menerusi posting tersebut, doktor berkenaan berkata kebanyakan program yang disertai dirinya dan rakan-rakan adalah tidak berbayar dan soalan memang tidak akan diberikan terlebih dahulu terutama sekali apabila melibatkan perbincangan dengan pihak yang berlainan pendapat.

Selain itu, pegawai perubatan tersebut menambah insiden seperti ini turut pernah terjadi kepada dirinya apabila dia dijemput dalam satu rancangan bertajuk Sila Duduk Jangan Lari.

“Tempoh hari semasa rancangan Sila Duduk Jangan Lari, pihak penerbit ada menjemput seorang anti vaksin. Individu berkenaan kemudiannya meminta tiket kapal terbang dan bayaran. Akhirnya, dia tidak muncul dan saya seorang sahaja yang tampil pada ketika itu,” ujarnya.

Jadi, apakakah pandangan anda mengenai isu penularan Virus Polio dan golongan anti vaksin ini?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca