Persengketaan antara Selena Gomez dan Hailey Bieber nampaknya masih lagi belum menemui titik noktah. Warganet pula seakan memanaskan keadaan apabila kerap mendakwa penyanyi terkenal antarabangsa Justin Bieber masih lagi menaruh perasaan cinta kepada Selena walaupun sudah lima tahun berkahwin dengan Hailey.

Tidak berhenti di situ, ada juga yang mengecam Hailey kerana mendakwa model itu kerap membuli penyanyi Lose You to Love Me itu secara sengaja.
Menerusi ciapan di laman Twitter Pop Base, Selena memuat naik komen di video TikToknya dengan menitip pesan buat semua untuk sentiasa mempertimbangkan kesihatan mental orang lain.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, para peminat seolah-olah memahami apa yang cuba disampaikan oleh pelantun lagu Love You Like a Love Song itu.
“Terima kasih dan sayang anda semua sangat-sangat. Saya cukup bersyukur dengan sokongan yang diberi oleh setiap seorang daripada anda semua. Anda buat saya gembira.
Tolong pertimbangkan kesihatan mental orang lain. Hati saya berat dan saya hanya mahukan yang terbaik untuk semua orang,” ujarnya.

Terdahulu, Hailey dan rakan baiknya Kylie Jenner dikatakan sengaja menyindir Selena selepas penyanyi Who Says itu tersilap meluruskan keningnya secara berlebihan.

Kylie turut memuat naik tangkap layar di Instagram Story ketika dia sedang FaceTime bersama Hailey sambil mereka menunjukkan kening masing-masing.
Selepas itu, Selena turut memaklumkan ingin mengundur diri daripada media sosial buat sementara waktu selepas disindir Kylie dan Hailey. Selena menerangkan bahawa dia terlalu tua untuk melayan perkara sebegini di media sosial menerusi TikTok Live. Apa pendapat anda?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: