Minnesota Kini Bertukar ‘Medan Perang’ Kerana George Floyd

Kemarahan, kekecewaan dan kesedihan yang dialami daripada pemergian mendiang George Floyd akibat keganasan polis ini telah mendorong ratusan penunjuk perasaan untuk turun ke jalan raya di sekitar Minneapolis, Los Angeles dan Saint Paul, Minnesota.

George Floyd ialah seorang lelaki berkulit hitam yang tidak mempunyai senjata namun temui ajal ketika berada di dalam tahanan polis.

Bagi yang masih keliru, seorang pegawai polis telah dirakam menggunakan lututnya untuk menekan Floyd dengan kuat ke tanah. Seorang lagi anggota polis pula kelihatan hanya berdiri beberapa kaki menyaksikan kejadian tersebut.

Namun, apa yang lebih mengundang kemarahan orang ramai ialah kedua-dua anggota polis itu kelihatan tidak terpengaruh dengan tangisan Floyd yang mula meronta-ronta minta dilepaskan sambil berkata, “Saya tidak dapat bernafas.”

Sumber: Axios

Sementara itu, Gabenor Minnesota iaitu Tim Walz meminta bantuan pasukan pengawal kebangsaan pada Khamis lalu untuk mengawal keadaan dengan berkata, “Ini adalah bagaimana kita meluahkan rasa sakit, memprotes tragedi dan membuat perubahan.”

Namun, Walz turut menekankan kepentingan kepada pemimpin tempatan untuk melindungi para demonstran, jiran dan perniagaan kecil di Minnesota.

Sumber: Axios

Peguam Peggy Flanagan turut menyatakan tujuan pasukan pengawal kebangsaan ini untuk memastikan demonstrasi berjalan dengan selamat.

Pada masa yang sama, mereka perlu melindungi perniagaan kecil yang berada di tengah-tengah jalan raya tempat para demonstran menyuarakan ketidakadilan.

Flanagan berkata, “Semua orang layak untuk dilihat dan didengar. Semua orang juga layak untuk selamat. Walau bagaimanapun, demonstrasi malam tadi sudah menjadi tidak selamat kepada semua yang terlibat.”

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati The Purge masih lagi menjadi bualan ramai di laman Twitter:

Menurut laporan CNN, Derek Chauvin iaitu anggota polis yang telah menyebabkan Floyd temui ajal didakwa dengan tuduhan pembunuhan tahap ketiga.

Secara ringkasnya, tertuduh melakukan sesuatu yang sangat berbahaya tetapi tidak mempunyai niat untuk menyebabkan pemergian mangsa.

Sekiranya didapati bersalah, hukuman yang bakal dijatuhkan kepada Chauvin adalah tidak lebih dari 25 tahun penjara atau denda tidak melebihi $40,000 atau kedua-duanya sekali.

Untuk membaca artikel lain berkaitan protes, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca