Ketika Minako keluar daripada persembunyiannya, tahu-tahu dia sedang berkeliaran di Malaysia. Watak hantu daripada filem Hide and Seek Minako itu dikatakan telah dijumpai di LRT sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan memakai kostum persis watak tersebut sambil membawa satu anak patung Ichimatsu yang berasal dari Jepun, cosplayer ini bikin ramai orang terkejut. Sungguh dahsyat sekali, Minako cari siapa agaknya kali ini?
Bayangkan jika anda terserempak dengan Minako yang sedang duduk bersahaja di dalam tren pada waktu malam? Pasti kecut perut dibuatnya!
Shitttt 😰😂😰😂😰😂
Location : LRT Sentul Timur lines pic.twitter.com/2ISxjfp28e
— محمد هميذ 🇲🇾 (@grinz_amiz) February 26, 2019
Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berswafoto bersama-sama dengan Minako. Malah, ada juga netizen yang merakam video dan memuat naiknya ke laman Twitter. Video tersebut telah mendapat ribuan Retweets dan hampir 160,000 tontonan.
View this post on InstagramA post shared by Micho the Haram-Bae ❤️ 咪啾爱大叔 (@michoteh) on
Jadi, siapa yang berada disebalik kostum Minako yang ditemui di dalam tren ini? Gadis tersebut ialah Micho Teh yang merupakan seorang jurugambar dan juga cosplayer dari Malaysia. Menurutnya, dia menganggap cosplay sebagai satu bentuk seni dan dia memilih cara ini untuk menunjukkan minatnya terhadap sesuatu watak itu.
View this post on InstagramA post shared by Micho the Haram-Bae ❤️ 咪啾爱大叔 (@michoteh) on
Micho sebelum ini telah menjadi cosplayer untuk pelbagai watak termasuklah hero-hero daripada permainan dalam talian seperti Dota 2. Bukan itu sahaja, dia juga sering dijemput sebagai juri jemputan bagi pertandingan kostum.
View this post on InstagramA post shared by Micho the Haram-Bae ❤️ 咪啾爱大叔 (@michoteh) on
Minako sudah pun naik LRT ke pawagam untuk menyaksikan filem Hide And Seek Minako. Anda bila lagi?