Mimpi Ngeri Bertukar Realiti, Lelaki Ini Tergantung 330 Kaki Di Udara

tergantung 300 kaki di udara

Bagaikan mimpi ngeri, seorang lelaki tergantung 330 kaki di udara apabila panel kaca sebuah jambatan di China tercabut akibat angin kencang.

Jambatan kaca tersebut terletak di sebuah resort yang dibina di Gunung Piyan, Longjing, China.

Terdapat sebuah gambar menunjukkan lelaki tersebut berpaut pada pagar jambatan kaca itu setelah angin selaju 144 km/j membuatkan panel kacanya tertanggal pada Jumaat, 7 Mei lepas.

Gambar tersebut tular di platform media sosial Weibo di China dan telah meraih lebih dari empat juta tontonan.

Didapati, lelaki berkenaan tersangkut di jambatan untuk seketika sebelum merangkak ke tempat selamat dengan bantuan pihak bomba dan polis.

Setelah diselamatkan, dia dibawa ke hospital dan telah menerima kaunseling psikologikal mengenai insiden tersebut.

Berikutan kejadian, gambar tersebut juga tular di Twitter dan ramai warganet telah meluahkan rasa seram dan ngeri dengan kejadian ini.

Sumber: Twitter (@MattCKnight)

“Inilah salah satu mimpi ngeri saya yang kini menjadi nyata,” seorang pengguna akaun Twitter mengulas.

“Seramnya!” kata pengguna yang lain.

Resort di mana jambatan itu berada telah ditutup buat sementara waktu berikutan insiden tersebut.

Resort pegunungan di China semakin banyak menggunakan jambatan kaca sebagai satu cara untuk menarik pelancong.

Di bandar Zhangjiajie, barat laut provinsi Hunan China, mempunyai jambatan kaca terkenal yang tergantung 300 meter dari permukaan tanah.

Jambatan sepanjang 430 meter dan 6 meter lebar itu terletak di antara dua tebing yang curam.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca