Miliki Wajah Kacak, Segelintir Pengguna TikTok Mahu Lelaki Ini Diberi Peluang Kedua

Cameron Herrin bukanlah satu wajah yang asing kepada pengguna TikTok. Sekiranya mempunyai akaun TikTok, pasti anda sudah melihat beberapa video memaparkan seorang lelaki kacak di mahkamah yang menunjukkan reaksi terkejut apabila hukuman dibacakan oleh hakim pada April 2021.

Melihat ke video-video yang dihasilkan oleh segelintir pengguna TikTok berkaitan Cameron, rata-rata berkata jejaka itu patut diberikan peluang kedua kerana mempunyai wajah yang kacak. Tidak berhenti di situ, ada juga yang romanticise Cameron dengan mengikuti trend, “I fall in love with criminal.”

Untuk pengetahuan anda, Cameron dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun kerana telah menyebabkan kedua-dua mangsa iaitu seorang wanita bersama anaknya menghembuskan nafas terakhir ketika berlumba kereta pada tahun 2018.

Cameron yang berusia 18 tahun pada waktu kejadian baru sahaja pulang dari gimnasium dan berlumba kereta bersama rakannya iaitu John Barrineau di Florida, Amerika Syarikat.

Kelajuan kereta Cameron kemudiannya mencecah lebih daripada 100mph sebelum melanggar seorang wanita dan bayi yang sedang bersedia untuk menyeberang jalan untuk pulang dari sebuah taman.

Selepas video Cameron tular di media sosial, ada yang berpendapat bahawa tidak wajar untuk romanticise lelaki itu kerana dia merupakan seorang penjenayah dan harus dihukum atas jenayah yang dilakukan.

Malah, ada juga berpendapat bahawa individu yang mahu Cameron diberikan peluang kedua perlu berfikir dari pihak keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang disebabkan tindakan lelaki itu yang berlumba kereta dan menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak setuju peluang kedua diberikan kepada Cameron:

Dalam perkembangan terbaharu, Cameron dikatakan akan membuat rayuan atas keputusan pihak mahkamah. Mahkamah rayuan juga telah bersetuju untuk mendengar hujah usul rayuan.

Sumber: Twitter @passionfruitt9

Sekiranya pihak mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk membuat rayuan, Cameron akan menerima pendengaran hukuman baharu dan pihak pendakwaan akan meminta keluarga mangsa untuk memberi keterangan sekali lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan TikTok, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca