Miliki Rumah Dan Kereta Pada Usia 20 Tahun, Kisah Kejayaan Pemuda Ini Curi Tumpuan Warganet

Ramai yang tergamam apabila melihat kejayaan yang berjaya dikecapi oleh pemuda berusia 20 tahun ini apabila ia dikongsikan di media sosial. Siapa sangka pada usia muda itu, dia sudah memiliki rumah mewah dan kereta miliknya hasil usahanya sendiri.

Pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Asyraf Khairul Anuar terlibat dalam perniagaan bundle secara dalam talian dan menjadi pembeli peribadi atau personal shopper barangan bundle di Jepun. Dia mula menceburkan diri dalam perniagaan ini selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2017 dengan bermodalkan RM100 sahaja.

Rumah yang dibelinya pada tahun lalu itu merupakan hadiah buat keluarganya, sementara dia merancang akan membeli rumah untuknya kemudian memandangkan dia masih lagi bujang. Buat masa ini, dia merancang untuk memperkenalkan jenama sendiri pula.

“Dengan modal yang sedikit saya beli top up (tambah nilai) untuk langgan internet dan mengkaji beberapa akaun Instagram yang menjual barangan bundle serta cara mereka mempromosikan barang,” katanya.

Bagi baki modal selebihnya digunakan untuk membeli pakaian terpakai di kedai bundle dan menjual beberapa helai di Instagram. Pada waktu itu juga dia tidak menyangka dalam masa seminggu semuanya habis dijual.

Kemuncak perniagaannya adalah apabila dia memilih untuk menjadi personal shopper bagi barangan bundle di Jepun dan tidak dinafikan ramai kaki bundle yang sanggup berhabis duit untuk tujuannya itu. Ternyata ia memberi pulangan lumayan apabila pada tahun 2019, dia berjaya menyimpan keuntungan sebanyak RM200,000.

Pengalaman bersusah payah ‘menyelam’ di kedai barangan bundle sememangnya berbaloi dan hasilnya cukup lumayan. Malah nilai barangan bundle di Jepun adalah tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit dan ada yang sanggup membelinya.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, sila klik pada pautan di bawah:


Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca