Miliki Perbezaan Ketinggian Terbesar, Pasangan Ini Pegang Rekod Dunia

Rekod dunia

Pasangan British ini memegang rekod dunia dan menerima anugerah Guinness World Records untuk perbezaan ketinggian terbesar pasangan suami isteri pada 2 Jun lalu.

Dikatakan, cinta boleh mengajar kita banyak perkara seperti kebahagiaan, kesabaran dan kebaikan. Malah, ia juga mengajar bahawa jodoh bukan kita yang tentukan.

James Lusted dan Chloe Lusted yang mengikat hubungan mereka pada 2016, mendapat anugerah itu bagi kategori perbezaan jantina/wanita lebih tinggi.

Disahkan, perbezaan ketinggian di antara mereka adalah sebanyak 56.8cm. James berketinggian 109.3cm, manakala Chloe pula berketinggian 166.1cm. 

“Mempunyai ketinggian 56cm kadang-kadang merumitkan, tetapi saya juga boleh buat apa yang orang lain buat cuma dalam cara yang berbeza.” ujar James.

Sumber: Guinness World Records

James menghidapi salah satu jenis kerdil yang paling jarang berlaku iaitu Diastrophic Dysplasia yang merupakan masalah genetik yang mempengaruhi perkembangan tulang.

Disebabkan oleh kekerdilannya, James menyangkakan bahawa dia tidak akan dapat berkahwin tetapi dia mahu menjalani kehidupan sebaik mungkin.

James, 33, seorang pelakon dan pengacara TV bertemu Chloe, 27, seorang guru pada tahun 2012 melalui rakan-rakan mereka.

Menurut Chloe, ciri-ciri lelaki idamannya adalah seorang yang lebih tinggi darinya. Namun dia berubah fikiran apabila jatuh cinta kepada James.

Chloe mengaku dia sejujurnya berasa takut terhadap reaksi orang mengenai hubungan mereka tetapi dia percaya itu adalah sebuah takdir baginya.

“Saya percaya setiap orang pasti ada pasangannya yang tersendiri. Malah, dia mungkin seseorang yang anda tidak jangka.

Kisah cinta kami telah memberi pengajaran bahawa kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran sahaja,

Saya tidak rasa kita boleh pilih siapa yang kita mahu cintakan,” kata Chloe Lusted.

Pasangan bahagia yang memegang rekod dunia ini telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun dan kini mempunyai anak berusia dua tahun bernama Olivia.

Sumber: Guinness World Records

Lihat video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut kisah pasangan ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca