Miliki Nilai Lebih RM400 Juta, Kucing Taylor Swift Jadi Haiwan Ketiga Terkaya Di Dunia

Kucing peliharaan Taylor Swift yang bernama Olivia Benson disenaraikan sebagai haiwan peliharaan ketiga terkaya di dunia dengan memiliki kekayaan bernilai AS$97 juta (RM426.2 juta).

Kucing baka Scottish Fold itu dinamakan sempena watak dalam drama bersiri Law & Order: SVU.

Olivia telah mengumpul kekayaannya sendiri dengan membintangi beberapa video muzik bersama Taylor Swift iaitu Blank Space dan Me!

Bukan sahaja terkenal di Instagram malah turut muncul sebagai kameo dalam pelbagai iklan berbajet besar seperti iklan Diet Coke pada 2014.

Taylor Swift mendapat kucing ketiganya, Olivia pada 2014 dan kerap memuat naik hantaran mengenainya di Instagram.

Sebelum ini, Taylor Swift pernah memuat naik gambar haiwan peliharaanya itu dan mendapat lebih daripada dua juta like.

Sumber: Life&Style

Selain daripada Olivia, terdapat dua lagi kucing Taylor Swift diberi nama Meredith Grey dan Benjamin Button.

Bagaimanapun, Olivia masih bukan haiwan peliharaan terkaya di dunia.

Gelaran haiwan peliharaan terkaya di dunia diberikan kepada seekor anjing baka German Shepherd dikenali sebagai Gunther VI yang dimiliki oleh Gunther Corporation.

Manakala kucing bernama Nala dengan nilai bersih AS$100 juta (RM439.4 juta) ialah haiwan peliharaan kedua terkaya di dunia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca