Miliki Mata Seperti Berlian, Si Oyen Ini Curi Perhatian Orang Ramai

Seekor kucing berwarna jingga di Thailand berjaya mencuri perhatian orang ramai apabila ia dikatakan memiliki mata kiri yang kelihatan seperti berlian.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @user3026088746242 telah memuat naik beberapa rakaman video kucing yang mempunyai mata berwarna berlian itu.

Memetik laporan Thaiger, ramai penduduk Thailand percaya bahawa kucing yang mempunyai mata berlian akan menyebabkan berlian-berlian diberikan kepada pemiliknya.

Sumber: TikTok @user3026088746242

Terdapat banyak warganet yang membanjiri komen di video-video berkenaan dengan berkata si bulus itu akan membawa tuah kepada pemiliknya.

Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang mengambil kesempatan untuk meramalkan nombor bertuah untuk loteri pada 1 Februari ini daripada nama akaun pengguna TikTok itu dan nombor-nombor yang dikaitkan dengan kucing seperti empat, tujuh dan lapan.

Walau bagaimanapun, kucing itu sebenarnya menyimpan kisah yang pilu apabila ia dipercayai menghidapi katarak pada mata kirinya.

Mata kiri kucing itu berwarna berlian kerana penyakit katarak dan bukannya simbol membawa tuah seperti yang didakwa.

Sumber: TikTok @user3026088746242

Seorang pensyarah di Jabatan Biologi Universiti Chulalongkorn iaitu Dr. Jessada Denduangboribhand menggesa pemilik kucing itu untuk segera membawa si bulusnya bertemu doktor haiwan sebelum ia menjadi buta.

Dr. Jessada berkata kebutaan itu boleh menyebabkan kucing berkenaan cedera dalam kemalangan ataupun mengalami kesukaran untuk makan.

Ramai masyarakat Thailand percaya dengan perkara karut dan mereka selalu memilih nombor loteri berdasarkan beberapa faktor yang mungkin dianggap luar biasa oleh penduduk di negara lain. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca