Miliki Ibu Jari Berukuran 13 Sentimeter Panjang, Pemuda Ini Anggap Ia Sebagai Satu Kelebihan

Ibu jari merupakan jari yang paling pendek berbanding jari-jari lain. Namun begitu, lain pula bagi seorang pelajar kolej ini apabila dia memiliki ibu jari yang begitu panjang sekali. Menurut laporan Daily Mail, saiznya mencecah 13 sentimeter panjang sekali gus menjadikannya begitu menonjol berbanding jari-jari lain.

Lelaki yang dikenali sebagai Jacob Pina itu berkongsi satu klip video memaparkan ibu jarinya yang luar biasa menerusi aplikasi TikTok.

Rakaman video tersebut memaparkan Jacob menggenggam jari-jemari yang lain dan hanya menunjukkan ibu jarinya sahaja.

Pemuda yang berusia 20 tahun itu berkata dalam video tersebut, “Hai semua, ini adalah ibu jari saya. Ya, ia sangat panjang dan asli. Saya tidak pernah kalah dalam perlawanan ibu jari.”

Ujar Jacob, dia sendiri tidak pasti mengapa saiz ibu jarinya begitu berbeza berbanding jari-jarinya yang lain. Meskipun dia sering diejek kerana ibu jarinya itu, dia mengaku amat berbangga dan langsung tidak kisah untuk menunjukkan keistimewaan tersebut kepada pengikutnya di laman sosial.

“Apabila mereka melihat ibu jari saya, mereka sangat terkejut dan bertindak membandingkan ibu jari mereka dengan ibu jari saya. Saya rasa amat berbangga dan teruja.”

“Adalah hebat untuk menjadi seorang individu yang berbeza daripada orang lain dan menunjukkan kelebihan diri sendiri,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca