Miliki Ekor Pada Punggung, Bayi Perempuan Mexico Ini Buat Ramai Terkejut

Seorang bayi perempuan dari Mexico dilahirkan dengan mempunyai ekor sepanjang lebih lima sentimeter (sm) pada bahagian punggungnya.

Bayi yang tidak didedahkan identitinya itu dilahirkan melalui kaedah pembedahan caesarean di sebuah hospital yang terletak di timur laut Mexico. 

Berita tentang bayi ini menjadi tajuk utama di akhbar tempatan dan antarabangsa ketika penemuan ekor itu berlaku.

Sumber: Daily Star

Semasa pemeriksaan doktor menemui ekor sepanjang 5.7 sm yang ditutupi dengan bulu pada punggung bayi berkenaan.

Bayi itu turut menangis apabila doktor menyuntik jarum pada bahagian tersebut.

Imbasan X-ray bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang penemuan struktur anomali atau tulang dalam ekor tersebut.

Kemudian ia disahkan sebagai bukan ekor vestigial (sisa pertumbuhan organ) seperti dalam 195 kes yang didokumenkan di Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun, Itali dan Jerman. 

Pakar-pakar mendapati bahawa ia adalah ekor ‘sebenar’ yang hanya terdiri daripada tisu dan lemak.

Kes seperti ini jarang berlaku kerana hanya 40 kes pernah dilaporkan.

Menurut doktor di situ, bayi berkenaan tidak mempunyai sejarah terdedah kepada radiasi atau jangkitan semasa di dalam kandungan.

Kehadiran ekor tersebut sememangnya menghairankan pakar-pakar.

Tambahan pula, bayi itu dilahirkan oleh ibu dan bapa yang sihat berusia lewat 20-an.

Doktor mengesahkan bayi tersebut sihat sepenuhnya sebelum memutuskan untuk memotong ekor itu.

Pembedahan berjalan dengan lancar dan bayi berkenaan kemudian dibenarkan keluar dari hospital. 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca