Miliki Bulu Mata Terpanjang Di Dunia, Wanita Ini Pecah Rekodnya Sendiri

Baru-baru ini dilaporkan seorang wanita di China telah memecah rekodnya sendiri dengan memiliki bulu mata terpanjang di dunia iaitu 20cm.

Terdahulu, You Jianxia dari kota selatan Changzhou, China telahpun memegang rekod Guinness World Record pada 2016, ketika bulu matanya berukuran 12.5 cm.

Beliau juga tidak menyangka bulu matanya itu menjadi panjang hampir dua kali ganda dari rekodnya ketika 2016.

Laporan mendapati bulu mata Jianxia di kelopak mata kiri atas telah mencapai rekod baru iaitu sepanjang 20.5cm.

Beliau berkata, doktor juga bingung dan tidak tahu bagaimana bulu matanya boleh menjadi sebegitu panjang.

Sumber: Guinness World Records

“Pada mulanya saya perasan bulu mata saya bertambah panjang pada 2015. Ia tumbuh secara perlahan dan semakin panjang dan panjang,

Saya ada berjumpa dengan pakar untuk mengetahui mengapa bulu mata saya lebih panjang daripada orang lain.

Tetapi dia tidak dapat menjelaskan kejadian ini, malah rasakan ianya sesuatu yang menarik.” ujarnya kepada Guinness World Records.

Jianxia juga menambah dimana beliau percaya bahawa kejadian ini merupakan sebuah anugerah daripada tuhan.

“Saya asyik memikirkan kenapa saya memiliki bulu mata yang begitu panjang. Kemudian, saya teringat bahawa saya telah menghabiskan lebih dari 480 hari di gunung, bertahun-tahun yang lalu.

Jadi, saya berkata pada diri sendiri bahawa bulu mata saya pastinya merupakan hadiah yang diberikan oleh Sang Buddha.”

Anda juga boleh menonton video Youtube di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai You Jianxia:

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca