Miliki Bibir Dan Gigi Persis Manusia, Adakah Ikan Ini Benar-Benar Wujud Atau Ia Disunting?

Sekiranya anda rasa Angelina Jolie mempunyai bibir seksi serta pandangan mata yang cukup tajam, mungkin anda belum berjumpa lagi dengan seekor ikan ini yang memiliki mulut yang jauh lebih seksi.

Seorang pengguna Twitter iaitu @raffnasir_ telah memuat naik foto seekor ikan yang mempunyai mulut serta gigi persis seorang manusia di laman sosial itu. Ciapan itu telah berjaya mencuri perhatian warga Twitter dan mencatat hampir 9,000 perkongsian dan lebih 15,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Persoalannya, adakan ikan ini benar-benar wujud atau ia hanya disunting semata-mata? Jika ia wujud di dunia ini, adakah mulut dan giginya kelihatan persis manusia?

Percaya atau tidak, ikan ini memang betul-betul wujud dan ia sememangnya mempunyai mulut serta gigi seperti kita semua.

Untuk makluman semua, ikan ini dikenali sebagai Triggerfish atau nama saintifiknya ialah Balistidae.

Difahamkan, hanya terdapat 40 spesies ikan ini di seluruh dunia dan ia tidak asing lagi bagi para penyelam dan juga peminat ikan di luar sana.

Sumber: Reddit

Tirggerfish yang terkenal dengan sikap ‘nakal’ ini dikatakan cukup agresif. Giginya yang kuat berupaya untuk menghancurkan landak laut serta mengoyakkan pakaian selam. Namun begitu, sikap ini hanya akan dipamerkan sekiranya anda mengganggu kawasan mereka. Apabila Triggerfish rasa terancam, ia akan mula menggigit anda dengan gigi mereka yang kuat itu.

Jadi, sekiranya anda berpeluang untuk berjumpa dengan ikan ini sewaktu sedang menyelam, jangan sesekali buat mereka rasa terancam kalau mahu selamat.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan fakta menarik tentang haiwan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca