Miliki 200 Selekoh, Jalan Panlong Di Barat China Jadi Tarikan Pelancong

Sebatang jalan yang dinamakan Jalan Purba Panlong mempunyai le­bih 200 selekoh menjadi tarikan pelancong di barat China.

Jalan sepanjang 75 kilometer (km) itu digelar sebagai Plateau Sky Road oleh penduduk tempatan. Ia terletak di daerah Autonomi Taxkorgan Tajik, Wilayah Xinjiang.

Laluannya yang curam dan mempunyai selekoh tajam dari dataran menuju ke kawasan pergunungan.

Ketinggiannya mencecah 4,200 meter (13,780 kaki) sehingga peningkatan ketinggian maksimum 1,000 meter (3,280 kaki).

Jalan ini pada asalnya dibina bagi menyediakan laluan melalui Pergunungan Kunlun untuk petani dan pengembala tempatan.

Apabila dilihat dari udara, jalan itu berbentuk seperti naga. Disebabkan itulah jalan itu diberikan nama Panlong ialah seekor naga akuatik dalam mitologi China.

Sejak jalan ini mula dibuka pada Julai 2019, ramai yang membuat perkongsian di media sosial akan keterujaan untuk datang ke sana.

Ramai yang memberi ulasan perjalanan mereka di sepanjang jalan itu dengan menggambarkan sebagai satu cabaran yang sangat indah.

Walau bagaimanapun, ada juga yang memberi amaran kepada pemandu yang membawa kenderaan di sana supaya berhati-hati semasa hujan dan salji.

Terdapat satu lagi jalan bengkok yang terkenal di China menghubungkan kampung Jinxing dan Jinganshao di wilayah Yunnan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca