Pelakon, Michelle Yeoh sekali lagi membanggakan seluruh Asia dengan pencapaian dari lakonannya dalam ‘Everything Everywhere All at Once’.
Screen Actors Guild Awards (SAG) merupakan majlis anugerah tahunan yang sudah berlangsung sejak tahun 1995, memberi penghargaan khas buat pelakon-pelakon TV dan filem yang berbakat.
Filem Everything Everywhere All at Once yang pernah mengejutkan semua orang dengan memberi keunikan dan pengajaran dalam cerita Sci-Fi itu sekali lagi menerima kemenangan besar.
Kali ini, mereka telah memenangi anugerah utama SAG iaitu anugerah persembahan luar biasa dari barisan pelakon filem pada malam semalam.
Pelakon tertua dalam filem tersebut, James Hong, 94 akhiri ucapan mereka dengan lawak-lawaknya yang mencuit hati penonton yang hadir dan dirumah.
Tambahnya lagi, ini adalah keadilan buat pelakon-pelakon asia yang disindir kerana rupa paras mereka yang sering dikatakan tidak komersial atau susah untuk berjaya dalam industri ini.
Ke Huy Quan menang anugerah persembahan luar biasa dari pelakon pembantu lelaki dengan aksi lakonannya yang hebat dalam Everything Everywhere All at Once sebagai pasangan heroin.
Untuk anugerah persembahan luar biasa dari pelakon pembantu perempuan juga dimenangi oleh pelakon dari filem Everything Everywhere All at Once iaitu Jamie Lee Curtis.
Tidak diduga, ikon majalah TIME 2022, Michelle Yeoh yang sudah memenangi lebih 20 anugerah pelakon terbaik wanita ini berjaya membawa pulang anugerah persembahan luar biasa dari pelakon utama wanita SAG 2023.
Terciptalah sejarah di SAG kerana buat pertama kalinya, anugerah tersebut telah dimenangi oleh pelakon asia.
“Semua tahu perjalannya, turun dan naik. Tapi yang peling penting, kami tidak pernah putus asa. Terima kasih… Ini bukan sahaja untuk saya, ini adalah untuk semua anak perempuan yang mempunyai rupa seperti saya,” ucap Michelle Yeoh.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: