Michelle Yeoh Cipta Sejarah Lagi, Pelakon Malaysia Pertama Tercalon Dalam Anugerah Oscar

Michelle Yeoh mencipta sejarah selepas menjadi rakyat Malaysia pertama yang tercalon dalam anugerah Oscar.

Tahun 2023 boleh disifatkan sebagai tahun gemilang buat pelakon terkenal ini kerana Yeoh turut berjaya memenangi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe sebelum ini.

Sumber: REUTERS

Lebih membanggakan Yeoh, 60, yang cemerlang melakonkan watak Evelyn Wang menerusi filem Everything Everywhere All at Once tersenarai bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Yeoh akan bersaing disamping nama-nama besar seperti Cate Blanchett, Ana de Armas, Andrea Riseborough dan Michelle Williams.

Michelle dan Blanchett menjadi antara yang disebut-sebut bakal mengungguli trofi Aktres Terbaik pada edisi Oscar kali ini.

Filem Everything Everywhere All at Once mendahului dalam anugerah Oscar tahun ini dengan pencalonan dalam 11 kategori termasuk Pengarah Terbaik.

Pelakon dalam filem yang sama iaitu Ke Huy Quan, Jamie Lee Curtis dan Stephanie Hsu turut dicalonkan dalam kategori lain lakonan Oscar.

Quan dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Terbaik manakala Curtis dan Hsu akan bersaing untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Anugerah Oscar ke-95 bakal dijadual berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles pada 12 Mac hadapan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca