Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah kerjaya seninya apabila memenangi Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscar 2023) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Pada acara yang penuh gemilang itu, Michelle Yeoh yang merupakan pelakon kelahiran Malaysia membawa pulang anugerah berkenaan dalam lakonannya iaitu filem Everything Everywhere All at Once.

Selain menjadi pelakon Malaysia pertama yang memenangi anugerah berprestij itu, Michelle Yeoh juga merupakan bintang Asia pertama meraih trofi untuk kategori tersebut dalam sejarah Oscar.
Menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Michelle Yeoh berdepan dengan empat calon yang juga hebat iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu menghadiri Anugerah Akademi (Oscar) dengan busana berwarna putih tidak mampu menahan kegembiraan ketika berada di atas pentas semasa menerima trofi tersebut.

Melalui ucapan Michelle Yeoh menyatakan ini adalah bukti bahawa impian benar-benar boleh menjadi kenyataan. Bagi wanita, jangan biarkan sesiapa memberitahu anda tidak boleh melepasi masa kejayaan anda.

Selain daripada itu, Filem Everything Everywhere All at Once turut menang dalam kategori filem terbaik.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: