Michael Jackson Dipercayai Masih Hidup, Penyanyi Sepanyol Ini Digesa Jalani Ujian DNA

Gara-gara persis selebriti terkenal dunia, Michael Jackson, seorang penyanyi dari Sepanyol ini diminta menjalani ujian DNA untuk membuktikan dia bukan mendiang penari legenda itu.

Sergio Cortes dilihat memiliki wajah seiras Michael Jackson menerusi sebuah video yang dimuat naik di sebuah laman sosial miliknya. Rambut keriting berwarna hitam dan ciri-ciri lain yang sememangnya seperti Raja Pop itu ada pada penyanyi Sepanyol terbabit.

“Kepada semua peminat Michael Jackson, jangan lupa datang beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan saya di Hollywood Pattaya pada 23 Disember ini.”

“Saya sayang anda semua dan jumpa anda di sana. Saya Sergio Cortes dan semoga kita berjumpa lagi,” katanya.

Menurut teori netizen, kematian Michael Jackson sebenarnya palsu dan beliau masih lagi bekerja sebagai penghibur secara bersembunyi.

Rata-rata komen yang membanjiri video tersebut menggesa Cortes mengambil ujian DNA bagi membuktikan teori mereka.

Michael Joseph Jackson atau nama panggilannya, MJ, memulakan kerjayanya sebagai vokalis utama di dalam sebuah kumpulan nyanyian dan tarian bersama empat adik beradiknya yang lain iaitu Jackson 5.

Sekitar tahun 1980, Michael lebih menonjol berbanding adik beradiknya yang lain . Namun, rupa paras dan fizikalnya semakin berubah secara drastik kerana bintang dari Indiana itu telah menjalani beberapa prosedur pembedahan plastik.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Beat It itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 Jun 2009.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca