Michael Caine Akhirnya Merungkai Misteri Babak Akhir Filem Inception

Jika anda pernah tonton filem Inception (2010) yang diarahkan oleh Christopher Nolan, pasti anda akan teringat kepada babak akhir filem tersebut. Iaitu ketika Cobb (Leonardo Di Caprio) yang baru sahaja pulang ke rumah bersama ayahnya (Michael Caine), memusingkan totem di atas meja untuk memastikan yang dia sebenarnya berada di dalam mimpi ataupun realiti. Apa pula pendapat anda pada ketika ini?

Inception menceritakan tentang sekumpulan pencuri yang mahir dalam mencuri rahsia korporat menerusi penggunaan teknologi perkongsian mimpi, diberi tugas terbalik iaitu untuk menanam idea ke dalam minda seorang pemilik syarikat terbesar. Semua ini harus dilakukan supaya Cobb (Leonardo Di Caprio) dapat mengahapuskan rekod jenayahnya dan dapat pulang ke rumah melihat anak-anaknya. Filem yang menggunakan elemen sci-fi seperti novel Bumi dan Bulan ini juga telah mendapat kutipan sebanyak $828.3 juta di seluruh dunia.

Selepas 8 tahun filem itu diterbitkan, salah seorang pelakon yang terlibat iaitu Michael Caine yang memainkan watak bernama Professor Stephen Miles, juga merupakan mentor dan ayah kepada Cobb (Leonardo Di Caprio), akhirnya merungkai misteri babak akhir filem tersebut dalam satu temubual Film 4 Summer Screen yang sedang menayangkan filem-filem pengarah terkenal Hollywood itu (Christopher Nolan).

Menurut Caine, apabila dia mendapat skrip Inception, dia pada mulanya agak hairan dengan gaya penceritaan filem tersebut, kemudian dia beritahu Nolan “saya tidak faham di mana mimpi itu”. Kemudian dia bertanya kepada Nolan, “yang mana satu mimpi itu dan yang mana realiti?” Nolan kemudian menjawab, “baiklah, apabila anda berada di dalam babak, itu realiti.” Caine kemudian menambah lagi, “Jadi itulah dia, jika saya berada di dalamnya, itu realiti. Jika saya tidak berada di dalamnya, itu adalah mimpi.” Ini kerana Caine hanya muncul dalam beberapa babak sahaja.

Ini bermakna, Apabila Cobb memusingkan totem itu di atas meja untuk memastikan ia adalah realiti atau mimpi, maka jawapannya adalah realiti!

Kes ditutup, anda boleh jatuhkan totem anda sekarang.

 

Kredit – Time , Independent UK

 

Artikel Lain Untuk Di Baca