Mi Segera Punca Kanser Perut? Doktor Ini Dedah Sebab Sebenar Ia Terjadi

Seperti yang kita sedia maklum, mi segera merupakan makanan yang paling diminati ramai terutamanya di kalangan belia. Hal ini kerana ianya murah dan senang disediakan. Namun, sejauh manakah kebenaran yang mengatakan memakan mi segera dengan kerap akan menyebabkan penyakit seperti kanser?

Berdasarkan posting yang dikongsi oleh seorang doktor di laman Twitter iaitu Dr. Hafizah Zaharah, beliau memberitahu bahawa makanan yang disalai, diawet mahupun yang telah diperasakan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kanser perut. Walau bagaimanapun, ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor lain seperti jangkitan pada perut iaitu mahupun gangguan genetik.

Sumber: Dr Hafizah Zaharah
Sumber: Dr Hafizah Zaharah

Dr. Hafizah menyatakan bahawa jarang sekali seorang remaja berumur 18 tahun menghidap kanser perut hanya kerana terlalu kerap makan mi segera. Merujuk kepada rajah yang dikongsikan oleh beliau, masalah tersebut lebih senang dihidapi oleh golongan yang lebih dewasa.

Sumber: Dr Hafizah Zaharah

Beliau juga turut menyatakan bahawa mustahil bagi seseorang itu menghidap kanser hanya kerana makan mi segera, melainkan jika dipengaruhi faktor-faktor lain.

Dr Hafizah turut menasihati orang ramai agar bertemu dengan doktor dengan kadar segera jika mempunyai simptom-simptom kanser perut.

Antara simptom yang dinyatakan adalah merasa kenyang sebelum habis makan, hilang berat badan secara tiba-tiba, pedih ulu hati serta masalah gastrik serta penghadaman.

Sumber: Dr Hafizah Zaharah
Sumber: Dr Hafizah Zaharah

Walau bagaimanapun, kurangkan pengambilan makanan segera seperti sosej, daging bakar, jeruk dan mi segera kerana makanan ini dikaitkan dengan penyebab penyakit kanser.

Untuk membaca artikel lain berkaitan mi segera, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca