Mesut Ozil Dikeluarkan Daripada Permainan Video Pro Evolution Soccer Di China

Siapa sahaja yang tidak kenal Mesut Ozil? Pemain tengah Arsenal itu menerima tentangan hebat daripada kelab peminatnya di China selepas memuat naik sebuah perkongsian di laman Twitter mengenai penindasan yang dilalui oleh etnik Uighur.

Berikut merupakan terjemahan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain bola sepak tersebut.

Ozil turut menerima tentangan hebat daripada kerajaan China selepas mempertahankan etnik minoriti berkenaan.

Buktinya, kerajaan China mendakwa Ozil “ditutup oleh berita palsu” sementara Arsenal pula berkata bahawa kelab tersebut tidak masuk campur dengan pendirian yang dibuat oleh Ozil menurut laporan Evening Standard.

Berita Harian turut melaporkan, China menarik balik siaran langsung perlawanan antara Arsenal dan Manchester City pada hujung minggu lalu.

Sebagai respons terhadap kontroversi tersebut, syarikat pengeluar Pro Evolution Soccer (PES) di China iaitu NetEase telah keluarkan pemain itu daripada ketiga-tiga versi untuk permainan video tersebut.

NetEase mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perkongsian Ozil itu telah mengguris perasaan para peminat di China. Tambahnya, “Kami tidak faham, terima ataupun memaafkan perkara ini!”

Walaupun ramai yang sudah membuat bantahan mengenai penindasan kerajaan China terhadap orang Islam Uighur, malangnya kisah penindasan ini seperti tiada tanda noktahnya.

Sekiranya anda mahu membaca dengan lebih lanjut mengenai perasaan peminat Arsenal di China selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ozil, anda boleh baca artikel ini.

Baca lagi artikel berkaitan dengan etnik Uighur yang kami telah ulaskan.

Gara-Gara Buluh, Persengketaan Antara Uighur Dan China Telah Menyebabkan Lenyapnya 12 Juta Nyawa

[Video] “Tolong Bawa Ayah Dan Ibu Kami Pulang”, Rayuan Anak-Anak Etnik Uyghur Ini Meruntun Hati Warganet

“Kami Dikhianati”, Peminat Arsenal Di China Ucap Selamat Tinggal Pada Mesut Özil

Artikel Lain Untuk Di Baca