Search
Close this search box.

“Mesti ‘Pak Long Mail’ Beri Sekatan Lepas ‘Abah’ Umum Berita Gembira,” Ini Reaksi Ismail Sabri Terhadap Komen Warganet

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi menegaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan mula berkuat kuasa 10 Jun ini masih tertakluk di bawah peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal ditamatkan. 

Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri itu berikutan komen warganet yang menjangkakan beliau bakal mengeluarkan sekatan meskipun pengumuman berita gembira diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. 

Sumber: The Star

“Saya baca komen warganet yang kata walaupun ‘Abah’ (Perdana Menteri) sudah umumkan sesuatu yang menggembirakan, namun mereka yakin ‘Pak Long Mail’ (merujuk pada beliau) akan memberikan sekatan-sekatan.

Mungkin petang nanti ‘Pak Ngah Hisham’ (Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudin) pula akan lakukan. Apa akan dilakukan tidak lain tidak bukan adalah untuk menjaga keselamatan dan kesihatan tuan-tuan semua.

Jadi, walaupun kita beri kebebasan dan PKPB akan berakhir, namun PKPP masih tertakluk kepada Akta 342,” kata beliau dalam sidang media harian di Putrajaya pada Isnin. 

Malah, tambah beliau lagi, apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak.  

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan PKPP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca