Meskipun Sudah Mempunyai 97 Orang Isteri, Lelaki Beragama Islam Ini Masih Mahu Berkahwin Lagi

Seorang lelaki bernama Mohammed Bello Abubakar yang berasal dari Bida, Nigeria pernah berkahwin dengan seramai 107 wanita sepanjang hidupnya.

Namun begitu, 10 orang daripada wanita tersebut telah diceraikan olehnya dan menjadikan bilangan isterinya yang sekarang berjumlah 97 orang.

Bello mendakwa bahawa tindakannya itu adalah demi memenuhi seruan Ilahi. Dia tetap berkeras mahu mendirikan rumah tangga kerana dia berasa dirinya masih ‘mampu’ walaupun usianya sudah mencecah 92 tahun.

Selain itu, sebahagian besar daripada 185 anaknya ada yang telah meninggal dunia. Malah, terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa dirinya sudah meninggal dunia akibat sakit.

“Saya tidak berasa lebih hidup seperti yang saya rasakan sekarang,” katanya.

“Khabar angin itu tidak berasas dan disebarkan oleh mereka yang tidak menyukai saya kerana mereka iri hati di atas anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya,” tambahnya.

Bello turut mengatakan bahawa ini merupakan tugas Tuhan dan dia akan tetap melakukannya sehingga akhir hayatnya.

Agama Islam hanya membenarkan seorang lelaki berkahwin dengan empat orang isteri sahaja sekiranya dia mampu bersikap adil terhadap kesemua isterinya.

Tetapi tidak bagi Muhammed Bello yang mengatakan bahawa ajaran Islam tidak menghalang seberapa ramai wanita yang ingin dinikahi selagi lelaki itu mampu dan sihat daripada segi fizikal.

“Saya hanya mempunyai 97 isteri dan saya masih akan bernikah selagi saya masih hidup. Mungkin saya akan bernikah dengan dua wanita lagi,” jelasnya.

“Saya ingin menyarankan kepada mereka yang menentang jalan hidup saya supaya berhenti kerana mereka ibarat melawan perintah Tuhan,” katanya.

Artikel Lain Untuk Di Baca