Meskipun Dihalang, Dr. Say Shazril Nekad Jadi Petugas Barisan Hadapan

Dr. Say Shazril berkongsi sebuah kisah di laman Instagram mengenai ibu bapa pengacara My Doctors tersebut melarang dirinya daripada menyertai petugas barisan hadapan dalam membendung penularan COVID-19.

“Sebelum saya isi borang untuk menjadi seorang sukarelawan bulan lepas, saya beritahu ibu bapa terlebih dahulu akan niat saya untuk volunteer.

Walau bagaimanapun, mereka terus reject dengan berkata tugas itu adalah terlalu bahaya dan berisiko untuk anak serta isteri. Saya tahu saya perlu dengar nasihat mereka tetapi apa pula jawapan yang saya mahu beri sekiranya satu hari nanti saya menerima soalan, “Anda berada di mana saat negara ini paling perlukan diri anda?”

Saya adalah seorang doktor dan bekerja secara bebas. Saya tidak boleh duduk rumah buat kopi Dalgona apabila rakan sejawat yang lain bertungkus lumus memerangi wabak tersebut, betul atau tidak?

Atas sebab itu, saya terpaksa tolak tepi larangan daripada ibu bapa dan membuat keputusan untuk menjadi seorang sukarelawan. Baru-baru ini, saya beritahu mereka yang saya akan memulakan misi sukarelawan bersama Mercy Malaysia.

Ibu saya hanya membalas, “Jangan lupa untuk jaga diri elok-elok. Love you.” Cuba anda bayangkan, ibu bapa saya yang pada mulanya tidak setuju kerana bimbang akan kesihatan saya dan orang sekeliling akhirnya akur dengan keputusan saya.

Ia cukup bermakna buat diri ini kerana saya tahu semua orang sudah penat dengan COVID-19 dan mahu ia berakhir dalam kadar segera.

Saya bukan seorang hero tetapi saya kini boleh berkata dengan bangga bahawa saya ada saat negara saya paling perlukan diri saya,” luahnya menerusi sebuah coretan di laman Instagram.

View this post on Instagram

Topik : I Am Not A Hero Sebulan lepas sebelum sy isi borang untuk sukarelawan sy bagitau parents sy dahulu akan niat sy untuk volunteer & mereka terus reject. Kata mereka “Its too dangerous boy. Think of Ace & Azura. What if u got the infection & spread it to them? Kesian kat Ace, dia kecik lagi”. Sy tahu sy patut dengar nasihat ibu bapa sy tapi kalau one day sy ditanya “Where were u when your country need u most?” apa sy nak jawab peeps? Kalau sy rakyat jelata, i’d be more than proud to say “i stayed at home like a responsible citizen should” tapi sy doktor, freelance pulak tu takkan sy nak tengok je rakan sejawat sy bertungkus-lumus sedangkan sy duduk rumah ber-dalgona coffee? Atas sebab ni sy terpaksa tolak tepi larangan parents sy. Pagi semalam sy mesej parents sy yg sy akan memulakan misi sukarelawan bersama @mercymalaysia. Pantas mak sy reply “Praises to your kind volunteerism. Just make sure you take very2 good care of yourself. Plz keep in touch and let us know your where about. Love you” Berair mata sy peeps. Bayangkan parents sy yg pada awalnya melarang keras kerana concern akan kesihatan sy & orang sekeliling sy akhirnya akur dengan keputusan sy, ia cukup bermakna buat sy. Kerana sy tahu pasti kita semua dah penat & meluat dengan COVID ni. Kita nak dia berakhir dengan cepat supaya kita dapat berjumpa yg tersayang, dapat menikmati masa bersama, dapat berpuasa & beraya bersama. Tapi selagi COVID masih ada, sy tahu kita tak berani nak merisikokan kesihatan orang tua kita. Maka here i am, answering my nation’s calling. I am not a hero but i am proud to say i am here when my country need me the most!

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Terdahulu, Dr. Say menzahirkan rasa gembira apabila hasratnya untuk menjadi seorang sukarelawan bagi membantu frontliners akhirnya tercapai. Dia telah ditempatkan di kawasan zon merah iaitu Pasar Borong Kuala Lumpur dan sudah pun memulakan tugas pertamanya.

Sebagai peringatan, tolong patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan petugas barisan hadapan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca