Meskipun Berbeza Agama, Nenek Ini Tetap Jaga Cucunya Selama 23 Tahun

Walaupun berlainan agama, namun tiada apa yang mampu menghalang seorang nenek beragama Buddha daripada menjaga cucu perempuannya yang beragama Islam sejak 23 tahun yang lalu.

Tan Guan Neo berkata, “Agama dan kepercayaan yang berbeza bukan penghalang untuk kita hidup harmoni.”

Tambahnya, “Apa yang paling penting ialah setiap individu kena saling menerima kerana Tuhan sudah arahkan kita berbuat baik sesama manusia tidak kira apa jua agama.”

Wanita yang lebih mesra dipanggil sebagai Nyonya Popo itu berkata bahawa perkara yang membawa kepada perpecahan kaum dan agama di negara ini perlu dielakkan supaya perpaduan yang dinikmati rakyat ketika ini dapat terus dipertahankan.

Sumber: BERNAMA

Menerusi temu bual Bernama bersama Guan Neo di rumahnya, “Walaupun masyarakat kita tidak menganut agama yang sama, tetapi kita berkongsi negara yang sama. Perpaduan inilah yang buatkan negara kita kuat dan unik.”

Guan Neo bersama mendiang suaminya menjaga cucu perempuannya iaitu Fahira Nabilah Isham sejak Fahira berusia empat bulan lagi.

“Saya akui bukan senang untuk besarkan cucu supaya dia mendapat pendidikan agama yang sempurna apatah lagi kami berdua mempunyai agama yang berbeza,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Dalam pada itu, Fahira berkata generasi muda perlu kekalkan kemakmuran dengan menghargai keamanan negara selain tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif terutama di laman media sosial.

Sumber: BERNAMA

Graduan Diploma Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin itu berkata bahawa masyarakat di Malaysia tetap boleh hidup dengan aman dan damai walaupun berbeza kaum dan agama.

Fahira mempunyai dua adik lelaki iaitu Fariz Ikmal Isham dan Falah Isyraf Isham.

Baca lagi mengenai kasih sayang antara keluarga menerusi pautan di bawah.

Artikel Lain Untuk Di Baca